SILA LAYARI


Sunday, March 12, 2017

Klinik Hoki Bersama Majlis Sukan Negeri Sarawak di Mini Stadium Betong ( 11 & 12 Mac 2017 )








Klinik Hoki untuk sekolah-sekolah di Daerah Betong telah diadakan dengan jayanya pada 11 dan 12 Mac 2017 bertempat di Mini Stadium Betong. Klinik Hoki ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak setelah mengambil kira perkembangan sukan hoki terutamanya di peringkat sekolah di Daerah Betong.  Pelbagai aspek telah didedahkan seperti Latihan Padang dan Blackboard Session sepanjang sesi diadakan.

Klinik kelolaan MSN Sarawak ini ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada sekolah-sekolah di Daerah Betong.

Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak di atas pengelolaan Klinik Hoki untuk Daerah Betong pada tahun ini. Diharapkan kerjasama seperti ini akan tetap diteruskan, bukan sahaja untuk sukan hoki, malah melibatkan sukan-sukan lain .

" Segigih Semangat Rentap " , Fly Kenyalang Fly, Fly High"