SILA LAYARI


Wednesday, March 22, 2017

HEBAHAN TERKINI ( 22 MAC 2017 )

Kepada semua Guru Besar Daerah Betong
Hebahan terkini : SISTEM PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2018 SECARA ATAS TALIAN(e-SSeM)
Dimaklumkan bahawa Sistem e-SSeM akan mula beroperasi pada 3 April 2017 hingga 31 Ogos 2017 melalui laman web KPM: www.moe.gov.my. Kerjasama pihak tuan dipohon utk menyebarluaskan hebahan ini murid2/ibu bapa yg berminat bagi meningkatkan jumlah permohonan ke e-SSeM ambilan 2018 dari Daerah Betong. Sekian Harap maklum. Daripada UPPK PPD Betong

Kepada semua Pengetua SMK Daerah Betong
Hebahan terkini:PERMOHONAN BAHARU HADIAH SKIM BIASISWA SUKAN(SBS) SECARA ATAS TALIAN
Dimaklumkan permohonan baharu Hadiah SBS secara atas talian akan mula dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 31 Mac 2017 melalui laman https:apb1.moe.gov.my atau melalui Sistem Pengurusan Sekolah(SPS).Sebarang pertanyaan sila kemukakan kpd Pn Wan Ruslina di talian 03-88841174 atau emel wan.ruslina@moe.gov.my atau hubungi Pn Azimah di talian 03-88843710 atau emel azie@moe.gov.my(sekiranya berkaitan sistem atas talian). Sekian, harap maklum. Daripada UPPK PPD Betong

Kepada semua Pengetua SMK Daerah Betong
Hebahan terkini: KEMASKINI MAKLUMAT PENCAPAIAN SUKAN MURID TERTANGGUNG SKIM BIASISWA SUKAN(SBS) KPM 2017 SECARA ATAS TALIAN

Dimaklumkan bahawa kemaskini maklumat pencapaian sukan murid tertanggung SBS 2017 oleh guru biasiswa di sekolah masing2 adalah mulai 13 Februari 2017 hingga 30 Jun 2017. Pengemaskinian kali ini mengambil kira pencapaian murid dlm tahun 2015 dan 2016. Guru biasiswa dipohon mengemaskini maklumat secara atas talian dalam sistem SBS dengan melayari laman sesawang melalui Sistem Pengurusan Sekolah. Sebarang pertanyaan sila kemukakan kpd Pn Wan Ruslina di talian 03-88841174 atau emel wan.ruslina@moe.gov.my atau hubungi Pn Azimah di talian 03-88843710 atau emel azie@moe.gov.my(sekiranya berkaitan sistem atas talian). Sekian, harap maklum. Daripada UPPK PPD Betong