SILA LAYARI


Thursday, September 27, 2018

HEBAHAN: PERTANDINGAN BOLA SEPAK 11TKB DAN 16TKB REBUTAN YAYASAN SARAWAK ZON TENGAH SATU TAHUN 2018


Tarikh: 13 - 14 Oktober 2018

Venue:

Padang SK Paku Central dan SK Nanga Ajau ( Piala Perak )
Padang Kolej Vokasional dan SMK St Augustine ( Piala Emas )

Matlamat pertandingan:
- Mencungkil bakat-bakat murid yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
- Pembangunan untuk atlet bola sepak bawah 11 tahun dan 16 tahun.
- Melahirkan generasi pewaris yang berakhlak mulia, mempunyai jati diri dan mampu bersaing pada peringkat nasional atau global.

Sistem pertandingan: Liga Kumpulan

Penyertaan:

Daerah Betong
Daerah Sri Aman
Daerah Saratok
Daerah Lubok Antu
Daerah Sarikei
Daerah Meradong
Daerah Julau

Wednesday, September 26, 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEWANGAN STA MUTUAL SDN BHD DAN PUSAKA UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH BETONG TAHUN 2018






Tarikh: 26 September 2018 ( Rabu )
Tempat: Hotel Medan Betong

Tetamu Kehormat:
1.YBhg Tuan Haji Hashim bin Haji Bojet, Pengurus Besar PUSAKA
2.Encik Supian Bin Ekeram, Pegawai Pendidikan Daerah Betong

Sumbangan berjumlah RM 129,000.00 ( RM 2,500.00-sekolah rendah / RM 5,000.00-sekolah menengah ) telah disampaikan kepada semua sekolah rendah dan menengah di Daerah Betong. Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Hashim Bin Haji Bojet, Pengurus Besar PUSAKA. Pejabat ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak STA Mutual Sdn Bhd dan PUSAKA atas sumbangan tersebut.

Saturday, September 22, 2018

TAHNIAH KEPADA ADIK FIORINA BERINJAN ( BERDIRI DI TENGAH ) DARI SMK DATUK PATINGGI KEDIT ATAS KEJAYAAN MENYUMBANGKAN SATU PINGAT GANGSA UNTUK PASUKAN SARAWAK DALAM ACARA SEPAK TAKRAW KATEGORI WANITA REGU 4 QUADRAN

Sumber: Encik Azmi Bin Abdullah

MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEM BESTARI SOLAT DAN KEM CEMERLANG JAWI PERINGKAT ZON BETONG 2018

Tarikh:22 September 2018 ( Sabtu )
Tempat: Dewan Sri Abadi SK Abg Abd Kadir
Perasmi: Yang Berbahagia Encik Supian Bin Ekeram, Pegawai Pendidikan Daerah Betong

Pejabat ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam Zon Betong, Unit Pendidikan Islam PPD Betong, Guru Besar serta warga kerja SK Abang Abdul Kadir dan Pegawai Pendidikan Daerah Betong di atas kelancaran aktiviti ini.




Wednesday, September 19, 2018

LOGO EKSA PPD BETONG


BENGKEL PENGURUSAN HEM ( SSDM, APDM DAN LITERASI UNDANG-UNDANG)BERSAMA GURU PENOLONG KANAN HEM DAERAH BETONG 2018



Tarikh: 19 September 2018
Tempat: SK Datuk Bandar Debak

Bengkel bertujuan untuk memantapkan pemahaman dan pengurusan terutamanya berkaitan Sistem Sahsiah Diri Murid(SSDM), Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM) dan Literasi Undang-undang kepada semua Guru Penolong Kanan HEM di Daerah Betong. Diharapkan bengkel ini dapat memperkasakan peranan GPK HEM. Selain daripada itu, Sesi Perkongsian Amalan Terbaik(PAT) juga diadakan bagi berkongsi amalan-amalan terbaik di kalangan GPK Hem Daerah Betong.

MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENGELOLA BALAPAN DAN PADANG MSS BAHAGIAN BETONG KALI KE-16 TAHUN 2018

Tarikh: 19 September 2018 ( Rabu )
Masa: 2.30 petang
Tempat: SMK Kalaka, Roban




Mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Bahagian Betong Kali ke-16 Tahun 2018 telah diadakan di SMK Kalaka. Bagi edisi kali ini, SMK Kalaka dan Zon Roban telah dipilih sebagai pengelola bersama. Diharapkan pengelolaan kali ini akan dapat melahirkan bakat-bakat muda Bahagian Betong dalam sukan olahraga.. Segigih Semangat Rentap...

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME PERGURUAN

Tarikh: 19 September 2018
Tempat: SMK Pusa
Penceramah (Slot KBAT) : Puan Marylyne Aji, FasiLINUS PPD Betong dan Encik Nelson Peter, SISC+ PPD Betong