SILA LAYARI


Friday, March 31, 2017

Majlis Penangguhan Perkhemahan Kor Kadet Polis Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Betong dan Perhimpunan Perbarisan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Kor Kadet Polis ke 47 Peringkat Daerah Saratok(31 Mac 2017)

Tarikh : Jumaat, 31 Mac 2017
Tempat  : Town Square Kabong
Pengelola  : PPD Betong/PPD Saratok/IPD Saratok





Sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-47 Peringkat Bahagian Betong berlangsung di Kabong

KABONG: Seramai 165 peserta dari lapan sekolah menengah di Bahagian Betong menyertai Perkhemahan dan sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-47 Peringkat Bahagian Betong bertempat di Dataran Pekan Kabong di sini.
Sekolah menengah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusa, SMK Beladin, SMK Datuk Patinggi Kedit, SMK St. Augustine Betong, SMK Agama Saratok, SMK Saratok, SMK Kalaka Roban dan SMK Kabong (tuan rumah).
Selain pelajar sekolah, program berkenaan turut membabitkan seramai 50 guru pengiring dan 20 anggota polis dari IPD Betong , Saratok dan Kabong.
Majlis persamiannya telah disempurnakan oleh Pemangku Residen Bahagian Betong, Friday Belek yang mewakili Ahli Parlimen P.205 Saratok, Tan Sri William Mawan Ikom.
Penyelaras Perkhemahan dan Sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-47 Peringkat Bahagian Betong, Mabel James memberitahu sambutan Hari Kor Kadet Polis Peringkat Bahagian Betong merupakan yang julung kalinya dilangsungkan di situ.
“Perjalanan program begitu baik dan lancar sebagaimana yang dirancang. Pihak kita amat berpuas hati dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.
“Dengan kesempatan ini saya bagi pihak pengelola merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,” ujarnya.
Hadir sama Pegawai Daerah Kabong, Kamaludin Haji Alkap, Ketua Polis Daerah Saratok DSP Modani Bin Tanin dan tetamu jemputan khas yang lain. – Sumber : Sarawakvoice..2 April 2017

Thursday, March 30, 2017

Kenyataan : Hebahan Permohonan kemasukan ke program PRAUNIVERSITI Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Sukan Negara

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web tersebut -  https://prau.moe.gov.my/

Sumber : Portal Rasmi KPM

Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Bahagian Betong 2017 ( 30 Mac 2017 )

Tarikh pertandingan  : 30 Mac 2017
Tempat : SK Pusa
Pengelola : SK Pusa ( Zon Pusa )

Keputusan

Johan  : Zon Pusa
Naib Johan  : Zon Debak
Ke-3  : Zon Kabong





Sekitar Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sarawak 2017(30 Mac 2017)






Program Jom Baca 2017 ( 30 Mac 2017 )











Program Jom Baca 2017 telah diadakan pada 30 Mac 2017 bertempat di Perpustakaan Awam Pusa. Program tersebut dianjurkan oleh Majlis Daerah Betong dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Betong. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Kaunselor Dato Lim yang mewakili YB Tuan Haji Dr Razaili bin Hj Gapor, ADUN N.29 Beting Maro..

Kredit : Encik Isa bin Sapiee

Wednesday, March 29, 2017

Program Kor Kadet Polis di SMK Kabong ( 29 Mac 2017 )



Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Khas SJK ( C ) Berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan 2017 Fasa 1









Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato'Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia pada 29 Mac 2017 bertempat di SJK ( C ) Chung Hua No.3, Kuching. 

Rangkuman Aktiviti PPD Betong pada hari ini (29 Mac 2017 )







Pertandingan Bercerita BM Sekolah Rendah
Tarikh  : 29 Mac 2017
Tempat : SK Issu Bangat
Anjuran : MGB Zon Betong


 Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah KPM Peringkat Zon Debak 2017
Tarikh : 29 Mac 2017
Tempat : SK Dit
anjuran : MGB Zon Debak
Program Jom Ke Sekolah Peringkat SMK Pusa
Tarikh : 29 Mac 2017
Tempat : SMK Pusa
anjuran : SMK Pusa

Kredit :
1. Ustaz Razali @ Lapok bin Sitam
2. Tuan Hj Salleh bin Haji Ismail
3. Encik Jarit Tadong

Penyerahan Bahan Program 1MFREE Peringkat Bahagian Betong ( 29 Mac 2017 )


Kredit : Encik Awang Marali bin Awang Razali

Bengkel Pengurusan Kokurikulum bersama Guru Penolong Kanan KK Daerah Betong ( 28 Mac 2017, SK Datuk Bandar )



Bengkel Pemantapan Pedagogi Bahasa Inggeris Pra Sekolah: Smarter Phonics(28-30 Mac 2017, SMK St Augustine)


Jemputan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1 ( Siri 3/2017 )




Monday, March 27, 2017

TAWARAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2017 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT) UNTUK PENGAJIAN PASCA SISWAZAH



Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
  
TAWARAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2017 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT) UNTUK PENGAJIAN PASCA SISWAZAH
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM telah menerima pelawaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengemukakan pencalonan dari kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional memohon  kemudahan Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2017 (Monbukagakusho : Mext) untuk Pengajian Pasca Siswazahbagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa. 
3.         Pegawai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan biasiswa tersebut tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing serta memenuhi semua syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh JPA. Borang permohonan biasiswa tersebut perlu diisi secara dalam talian melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka mulai 20 Mac 2017 sehingga 7 April  2017.
4.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.175/1/5-9/1(4) bertarikh 20 Mac 2017. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimuat turun dan dicetak dengan disertakan dokumen-dokumen berikut: 
i.              Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Lampiran B) akan disediakan oleh BPSM;
ii.            Borang Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran C); dan
iii.           MEXT Application Form (Pemohon dikehendaki membaca dokumen ini dengan teliti dan mematuhi setiap keperluan yang dinyatakan).
     
5.         Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2017 (Jumaat) jam 5.00 petang kepada:
Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.:Puan Paridah binti Ali, Tel: 03-8884 7947, Faks: 03-8884 7925
u.p.: Encik Danial Abdillah bin Suhaimi, Tel:03-8884 7943, Faks: 038884 7925
    
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Sektor Peningkatan Keilmuan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.:Encik Azalan bin Afendi, Tel: 03-8884 1242, Faks: 03-8884 1274
            Emel: azalan.afendi@moe.gov.my
6.         Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Urus Setia,
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Sumber : Unit Komunikasi Korporat KPM

Sunday, March 26, 2017