SILA LAYARI


Monday, March 13, 2017

PROJECT OF DREAM REALIZED (PRO-DR ) ANJURAN TABUNG EKONOMI GAGASAN ANAK BUMIPUTERA SARAWAK (TEGAS) DAN UNIT PEMBANGUNAN TENAGA KERJA, JABATAN KETUA MENTERI TAHUN 2017



Sukacita dimaklumkan bahawa pihak TEGAS bersama Unit Pembangunan Tenaga Kerja, Jabatan Ketua Menteri akan mengadakan program Project of Dream Realized (PRO-DR) 2017 bermula pada 16 hingga 31 Mac 2017.

Program tersebut merupakan sebuah program berbentuk roadshow pameran pendidikan yang akan diadakan di beberapa bahagian di negeri Sarawak yang melibatkan 40 buah institusi. Tujuan utama program ialah untuk memudahkan dan menjaring lebih banyak lepasan SPM/STPM dan belia untuk mendaftar ke institusi-institusi pilihan mereka. Bagi Daerah Betong, roadshow tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Mac 2017( Jumaat )
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Dewan Panglima Rentap Betong

Bagi pelajar lepasan SPM 2016, sila bawa bersama salinan keputusan SPM