SILA LAYARI


Monday, March 27, 2017

TAWARAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2017 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT) UNTUK PENGAJIAN PASCA SISWAZAH



Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
  
TAWARAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2017 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT) UNTUK PENGAJIAN PASCA SISWAZAH
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM telah menerima pelawaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengemukakan pencalonan dari kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional memohon  kemudahan Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2017 (Monbukagakusho : Mext) untuk Pengajian Pasca Siswazahbagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa. 
3.         Pegawai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan biasiswa tersebut tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing serta memenuhi semua syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh JPA. Borang permohonan biasiswa tersebut perlu diisi secara dalam talian melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka mulai 20 Mac 2017 sehingga 7 April  2017.
4.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.175/1/5-9/1(4) bertarikh 20 Mac 2017. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimuat turun dan dicetak dengan disertakan dokumen-dokumen berikut: 
i.              Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Lampiran B) akan disediakan oleh BPSM;
ii.            Borang Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran C); dan
iii.           MEXT Application Form (Pemohon dikehendaki membaca dokumen ini dengan teliti dan mematuhi setiap keperluan yang dinyatakan).
     
5.         Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2017 (Jumaat) jam 5.00 petang kepada:
Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.:Puan Paridah binti Ali, Tel: 03-8884 7947, Faks: 03-8884 7925
u.p.: Encik Danial Abdillah bin Suhaimi, Tel:03-8884 7943, Faks: 038884 7925
    
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Sektor Peningkatan Keilmuan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.:Encik Azalan bin Afendi, Tel: 03-8884 1242, Faks: 03-8884 1274
            Emel: azalan.afendi@moe.gov.my
6.         Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Urus Setia,
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Sumber : Unit Komunikasi Korporat KPM