SILA LAYARI


Friday, February 24, 2017

MESEJ INTEGRITI KPM

Sumber : Unit Integriti KPM

INFO KPM

Sumber : Unit Komunikasi Korporat KPM

KEDUDUKAN PASUKAN SEMPENA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSS BAHAGIAN BETONG KALI KE-14 TAHUN 2017

KLIK DI SINI


Sila klik link di atas untuk mengetahui kedudukan kutipan pingat pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSS Bahagian Betong Kali ke-14 Tahun 2017. Kejohanan bermula pada 27 Februari 2017 hingga 2 Mac 2017 bertempat di Kompleks Sukan Betong.



Kredit :
1.Encik Azimin bin Abd Arzis, SMK Saratok
2.Encik Masrazi, SMK Agama Saratok

Wednesday, February 22, 2017

Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Negeri Sarawak 2016/2017

Peraduan terbuka kepada semua sekolah menengah kebangsaan di seluruh negeri Sarawak.
Sekolah yang ingin mengambil bahagian hendaklah menghantar dua naskah majalah sekolah terbitan tahun semasa ( tidak akan dikembalikan ) kpd pihak urus setia pada atau sebelum 3 Julai 2017. Borang penyertaan beserta 2 naskah majalah sekolah hendaklah dihantar kepada:

Urus Setia
Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Negeri Sarawak 2016/2017
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak
Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub
Petra Jaya 93050 Kuching Sarawak
( u.p: Puan Norliza Omar )
Tel: 082-227031/227037
Faks : 082-227077
Mel elektronik :  liza_o@dbp.gov.my atau sradiah@dbp.gov.my

Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

PPD Betong

Jom follow twitter YB Dato'Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia setiap hari

Ikuti maklumat terkini dan kenyataan rasmi daripada YB Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia setiap hari.

Jom follow twitter twitter.com/MahdzirKhalid (YB Menteri Pendidikan) dan twitter.com/KemPendidikan (KPM)

Kementerian Pendidikan; Menerajui Perubahan

Sumber : Unit Komunikasi Korporat KPM




Hebahan Kursus Resource Champions anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
KURSUS HUMAN RESOURCE CHAMPIONS ANJURAN INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), telah menerima jemputan daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk mempelawa pegawai-pegawai yang berminat bagi menghadiri Kursus Human Resource Champions di INTAN Jalan Ilmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur pada tarikh dan  butiran seperti berikut:
           

3.         Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pengurus Sumber Manusia sektor awam dalam setiap aspek pengurusan sumber manusia, di samping memberi pendedahan berhubung prinsip penggubalan dasar berkaitan sumber manusia, isu serta cabaran yang dihadapi dengan lebih jelas dan berkesan.
4.         Pegawai-pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara atas talian (online) menerusi INTAN Training Information & Management Systems (I-TIMS) atau menggunakan borang seperti di Lampiran II kepada urus setia INTAN melalui No. Faks. 03-79554767/03-79568550 atau melalui alamat emel ahmadfaisal@intanbk.intan.my pada atau sebelum 7 Mac 2017 (Selasa). Pemilihan peserta bagi kursus ini adalah berdasarkan konsep siapa dahulu didahulukan (first come first serve).
5.         Untuk makluman, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan yuran penyertaan kursus ini adalah RM30.00. Kemudahan makan minum sahaja yang akan disediakan dan penginapan disediakan bagi peserta luar dari Kuala Lumpur/Putrajaya oleh pihak penganjur manakala tuntutan perjalanan adalah di bawah Bahagian/Jabatan masing-masing. Pegawai yang berminat adalah dijemput untuk membuat permohonan penyertaan secara atas talian dan mengemukakan sesalinan melalui alamat emel paridah.ali@moe.gov.my ataudanial.suhaimi@moe. gov.my atau faks 03-88847925 untuk tujuan rekod.
6.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat INTAN:6/2/600-2/56(2) bertarikh 16 Februari 2017 mengenai kursus yang ditawarkan seperti di lampiran. YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan boleh menghubungi Puan Paridah binti Ali (03-88847947) atau  Encik Danial Abdillah bin Suhaimi (03-88847943) sekiranya memerlukan penjelasan lanjut.
7.        Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Urus Setia,
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Pelawaan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2017/2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
  
 
PELAWAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI PENGAJIAN 2017/2018
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM telah menerima pelawaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengemukakan pencalonan dari kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2017/2018 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafahdi dalam dan di luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. 
 
3.         Pegawai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan biasiswa tersebut tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing serta memenuhi semua syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh JPA. Borang permohonan BYDPA perlu diisi secara dalam talian di portal JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka mulai 8 Februari 2017 sehingga 3 Mac 2017.
 
4.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.175/4/4-18/1Klt.9(7) bertarikh 7 Februari 2017. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimuat turun dan dicetak dengan disertakan dokumen-dokumen berikut: 
 
i.              Borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin. 1/2003);
ii.            Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara;
iii.           Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip); dan
iv.           Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip).
     
5.         Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 28 Februari 2017 (Selasa) jam 5.00 petang kepada:
 
Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru
 
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.:Puan Paridah binti Ali, Tel: 03-88847947, Faks: 03-88847925
u.p.: Encik Danial Abdillah bin Suhaimi, Tel:03-88847943, Faks: 0388847925
 
    
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
 
Sektor Peningkatan Keilmuan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.:Puan Azzarina binti Anor Bashah, Tel: 03-88841091, Faks: 03-88841081
            Emel: azzarina@moe.gov.my
 
 
6.         Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
Urus Setia,
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Dialog Prestasi Daerah Bilangan 1 Tahun 2017 Pejabat Pendidikan Daerah Betong di bawah Program Transformasi Daerah (DTP) Bersama Pengetua dan Guru Besar Daerah Betong


Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan PPS dan Sesi Suaikenal PPS Bersama Pihak Sekolah


Majlis Penyampaian Insentif Cemerlang 6A UPSR Tahun 2016 oleh Yang Berusaha Pegawai Pendidikan Daerah Betong


Penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang UPSR 2016 Gred Purata Sekolah (GPS) Lebih Baik daripada Gred Purata Negeri (GPN) Sarawak










Pejabat Pendidikan Daerah Betong merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya memperolehi Sijil Anugerah Cemerlang UPSR 2016 Gred Purata Sekolah Lebih Baik daripada Gred Purata Negeri. Senarai sekolah yang menerima sijil anugerah ialah seperti berikut:

1.SK TANJUNG ASSAM
2.SK BALINGAN, SPAOH
3.SK PAKU CENTRAL, SPAOH
4.SK SERABANG, PUSA
5.SKSAKA, BETONG
6.SK ST MARK, BETONG
7.SK KALOK, PUSA
8.SK ST BARTHOLOMEW, BETONG
9.SK PENOM, SPAOH
10.SK ISSU BANGAT, BETONG

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA GURU BESAR, GURU-GURU DAN AKP SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERLIBAT