SILA LAYARI


Wednesday, February 22, 2017

Hebahan Kursus Resource Champions anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
KURSUS HUMAN RESOURCE CHAMPIONS ANJURAN INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), telah menerima jemputan daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk mempelawa pegawai-pegawai yang berminat bagi menghadiri Kursus Human Resource Champions di INTAN Jalan Ilmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur pada tarikh dan  butiran seperti berikut:
           

3.         Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pengurus Sumber Manusia sektor awam dalam setiap aspek pengurusan sumber manusia, di samping memberi pendedahan berhubung prinsip penggubalan dasar berkaitan sumber manusia, isu serta cabaran yang dihadapi dengan lebih jelas dan berkesan.
4.         Pegawai-pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara atas talian (online) menerusi INTAN Training Information & Management Systems (I-TIMS) atau menggunakan borang seperti di Lampiran II kepada urus setia INTAN melalui No. Faks. 03-79554767/03-79568550 atau melalui alamat emel ahmadfaisal@intanbk.intan.my pada atau sebelum 7 Mac 2017 (Selasa). Pemilihan peserta bagi kursus ini adalah berdasarkan konsep siapa dahulu didahulukan (first come first serve).
5.         Untuk makluman, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan yuran penyertaan kursus ini adalah RM30.00. Kemudahan makan minum sahaja yang akan disediakan dan penginapan disediakan bagi peserta luar dari Kuala Lumpur/Putrajaya oleh pihak penganjur manakala tuntutan perjalanan adalah di bawah Bahagian/Jabatan masing-masing. Pegawai yang berminat adalah dijemput untuk membuat permohonan penyertaan secara atas talian dan mengemukakan sesalinan melalui alamat emel paridah.ali@moe.gov.my ataudanial.suhaimi@moe. gov.my atau faks 03-88847925 untuk tujuan rekod.
6.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat INTAN:6/2/600-2/56(2) bertarikh 16 Februari 2017 mengenai kursus yang ditawarkan seperti di lampiran. YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan boleh menghubungi Puan Paridah binti Ali (03-88847947) atau  Encik Danial Abdillah bin Suhaimi (03-88847943) sekiranya memerlukan penjelasan lanjut.
7.        Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Urus Setia,
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.