SILA LAYARI


Thursday, February 16, 2017

SEKITAR MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEJOHANAN BADMINTON MAJLIS SUKAN SEKOLAH SARAWAK TAHUN 2017 DI BETONG

Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan Badminton 12, 15 & 18TKB Majlis Sukan Sekolah Sarawak Tahun 2017 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Aleksey anak Aman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Betong mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Betong, pada 16 Februari 2017 bertempat di Dewan Alfred Jabu SMK St Augustine, Betong.

Majlis turut dihadiri oleh Pengetua-Pengetua Bahagian Betong, Guru Besar-Guru Besar Daerah Betong, pegawai-pegawai daripada PPD Betong dan PPD Saratok.

Sekalung Tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Badminton MSS Sarawak Tahun 2017 di atas kejayaan pengelolaan kejohanan edisi kali ini.

Tahniah juga diucapkan kepada Pasukan MSS Bahagian Betong untuk Kategori Perempuan Beregu 15TKB yang berjaya menduduki tempat ke-3..