SILA LAYARI


Friday, September 7, 2018

SEKITAR SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SARAWAK KE-47 DI BETONG

Tarikh: 19 hingga 25 Julai 2018
Konsep perayaan : " Sepun Sepurok Segulai Sejalai"

Ia melambangkan kekuatan perpaduan (sepun) kaum di Bahagian Betong walaupun terdapat pelbagai fahaman agama dan budaya. Kepelbagaian ini berjaya diasimilasikan menjadi keunikan dan dapat dikongsi bersama (sepurok) antara semua kaum. Mereka juga mempunyai jati diri dan kesepaduan (segulai) dalam menghadapi segala cabaran dan bersama-sama (sejalai) dalam memikul amanah menjadikan Betong sentiasa cemerlang setanding dengan bahagian-bahagian lain di Sarawak.