SILA LAYARI


Tuesday, September 4, 2018

SELAMAT DATANG KE DAERAH BETONG UNTUK 22 ORANG GURU INTERIM PENDIDIKAN ISLAM

Pejabat ini mengucapkan selamat datang kepada 22 orang Guru Interim Pendidikan Islam ke Daerah Betong. Rombongan Guru Interim ini selamat sampai ke Betong pada jam 7.45 malam serta berkumpul di lobi Pejabat Pendidikan Daerah Betong bagi mendengar penerangan ringkas yang dikendalikan oleh Tuan Haji Salleh Bin Haji Ismail. Rombongan terlebih dahulu menghadiri sesi Taklimat Lapor Diri dan Penempatan Sekolah Kebangsaan/Menengah 2018 yang dikendalikan oleh pihak Sektor Pengurusan Sekolah bertempat di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.