SILA LAYARI


Tuesday, May 22, 2018

SELAMAT DATANG YB DR.MASZLEE MALIK, MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA


Sumber : Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

TAKLIMAT SISTEM ePROPER BERSAMA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK BAGI DAERAH BETONG, SARATOK DAN LUBOK ANTU



Tajuk program:
Taklimat Sistem ePROPER Bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Tarikh/Tempat:
22 Mei 2018 / Kolej Vokasional Betong.

Pengelola:
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Negeri Sarawak
dengan kerjasama Unit Pengurusan Organisasi PPD Betong

Sasaran Peserta:
Pembantu Tadbir dan Guru Penolong Kanan 1 SMK Daerah Betong, Saratok dan Lubok Antu,
Penyelia serta /Penolong Penyelia Unit Pengurusan Organisasi di Daerah Betong, Saratok dan Lubok Antu.

Pengenalan:
Sistem ePROPER merupakan sistem yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi membolehkan Ketua Jabatan di semua peringkat agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperakukan secara dalam talian bagi urusan perkhidmatan yang berkaitan dengan Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT), Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP), Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) kepada SPP.

Objektif taklimat:
Menangani permasalahan dan isu yang wujud dalam proses urusan pelantikan dan pengesahan melalui Sistem eProper.

Sekian, terima kasih.

Urus setia Taklimat Sistem Eproper
Daerah Betong/Saratok/Lubok Antu.

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BETONG


Saturday, May 19, 2018

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA ENCIK MOHD YUSUF BIN ABDULLAH ATAS SUMBANGAN DAN JASA BAKTI SEPANJANG 34 TAHUN BERKHIDMAT DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG



Tanggal 10 Mei 2018 merupakan hari terakhir Encik Mohd Yusuf bin Abdullah selaku penjawat awam yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Betong. Beliau bersara wajib setelah menabur bakti selama 34 tahun 4 bulan di Pejabat Pendidikan Daerah Betong sebagai Pemandu Kenderaan Bermotor.

Selaku abang senior di pejabat ini, banyak pengalaman dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh beliau. Ternyata sikap bertanggungjawab dan teliti dalam amanah yang telah diberikan kepada beliau, menjadikan beliau seorang yang disegani oleh pegawai dan kakitangan sokongan di pejabat ini.

Beliau mula berkhidmat di pejabat ini pada tahun 1983, ketika pejabat PPD Betong masih beroperasi di Kubu Lily ( bersebelahan Masjid Jame Betong ). Pejabat ini berasa bangga kerana pernah memiliki kakitangan yang tidak kenal erti lelah, sentiasa teliti dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Pejabat ini mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan oleh Encik Mohd Yusuf Bin Abdullah. Semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang baru yang diceburi selepas ini.

Wednesday, May 16, 2018

PELAKSANAAN AUDIT DALAM MS ISO 9001:2015 BAGI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG TAHUN 2018









Tarikh Pengauditan:  15 - 16 Mei 2018

Juruaudit:

1. Puan Modiah Binti Haji Busri, JPN Sarawak ( Ketua Audit )
2. Puan Dayang Noorhafizah, JPN Sarawak
3. Encik Hairunizad Bin Haron, BPSH
4. Encik Muhamad Azman Bin Azmi, JPN Kedah
5. Encik Muhamad Noor Bin Din, PPD Pasir Mas
6. Encik Munau Bongsang, PPD Sri Aman

Aspek dipantau:

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Bantuan Makanan Asrama (BMA)

Pematuhan Kontrak Kantin

PKK/KBK

MKSP

Program DTP 2017

Penarafan Kecemerlangan PPD

WARGA KERJA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI DAERAH BETONG


GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Latar gambar: Sumber Google

Monday, May 14, 2018

KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2018







Tarikh: 13 - 14 Mei 2018
Tempat: SMK Serian dan SJK ( C )Chung Hua Serian
Pengelola: PPD Serian

Pencapaian murid Daerah Betong:

Juara Kategori Bercerita Tahap 1 Sekolah Rendah ( murid dari SK Kalok )

Tahniah diucapkan kepada wakil dari Daerah Betong.

PENCAPAIAN PASUKAN SARAWAK DI 2ND INTERNATIONAL ENGLISH IN CAMP 2018 DI LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN





Kredit: Tuan Haji Salleh Bin Haji Ismail, Penyelia KK PPD Betong

Pencapaian:

4 Pingat Perak ( seorang murid dari Daerah Betong )
2 Pingat Gangsa
1 penerima Anugerah Khas International Best Leader For English In Camp ( murid dari Daerah Lundu ).

pejabat ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan yang dikecapi. Diucapkan juga jutaan terima kasih kepada guru-guru pengiring yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kejayaan pelajar-pelajar kita.

Sunday, May 13, 2018

KONTINJEN PPD BETONG SEMPENA PERARAKAN GAWAI DAYAK PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2018

Tarikh: 12 Mei 2018
Kedudukan: Tempat Ketiga Kategori Jabatan Kerajaan.
Tahniah diucapkan..














PENYERTAAN MURID DAERAH BETONG KE 2ND INTERNATIONAL ENGLISH IN CAMP 2018 DI PULAU LANGKAWI, KEDAH


Tarikh: 10 - 13 Mei 2018
Tempat: Hotel Langkasuka, Langkawi Kedah

Penyertaan Daerah Betong:

Pegawai Pengiring:
Tuan Hj Salleh Bin Hj Ismail, Penyelia KK PPD Betong

Murid:
Adik Angelica Maylanie Anak Rovina ( SK St Peter St Paul Betong )
Adik Wong Jun ( SJK ( C ) Chung Hua Pusa )





Tuesday, May 8, 2018

PERARAKAN GAWAI DAYAK PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2018 PPD BETONG


Pejabat Pendidikan Daerah Betong akan mengambil bahagian dalam Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2018 yang akan diadakan pada 12 Mei 2018 bermula di Kompleks Sukan Betong.