SILA LAYARI


Saturday, May 19, 2018

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA ENCIK MOHD YUSUF BIN ABDULLAH ATAS SUMBANGAN DAN JASA BAKTI SEPANJANG 34 TAHUN BERKHIDMAT DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG



Tanggal 10 Mei 2018 merupakan hari terakhir Encik Mohd Yusuf bin Abdullah selaku penjawat awam yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Betong. Beliau bersara wajib setelah menabur bakti selama 34 tahun 4 bulan di Pejabat Pendidikan Daerah Betong sebagai Pemandu Kenderaan Bermotor.

Selaku abang senior di pejabat ini, banyak pengalaman dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh beliau. Ternyata sikap bertanggungjawab dan teliti dalam amanah yang telah diberikan kepada beliau, menjadikan beliau seorang yang disegani oleh pegawai dan kakitangan sokongan di pejabat ini.

Beliau mula berkhidmat di pejabat ini pada tahun 1983, ketika pejabat PPD Betong masih beroperasi di Kubu Lily ( bersebelahan Masjid Jame Betong ). Pejabat ini berasa bangga kerana pernah memiliki kakitangan yang tidak kenal erti lelah, sentiasa teliti dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Pejabat ini mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan oleh Encik Mohd Yusuf Bin Abdullah. Semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang baru yang diceburi selepas ini.