SILA LAYARI


Sunday, July 22, 2018

SEKITAR AKTIVITI DERMA DARAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SARAWAK KE-47 TAHUN 2018










Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penderma dan semua warga pendidikan yang menjayakan aktiviti Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak ke-47. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diberikan kepada pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dan Hospital Betong di atas komitmen dan kerjasama dalam membantu menjayakan aktiviti pada kali ini.

TAHNIAH KEPADA SK KALOK, PUSA,JOHAN PERTANDINGAN KALAM SYA'BI PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2018


Thursday, July 19, 2018

SEKITAR PROGRAM CERAMAH KECEMERLANGAN IBU BAPA SEMPENA PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SARAWAK KE-47 TAHUN 2018






Aktiviti ini yang diadakan pada 19 Julai 2018 di SJK ( C ) Chung Hua Debak merupakan antara pengisian bersempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak ke-47 Tahun 2018 di Betong. Seramai 142 orang peserta yang terdiri daripada Yang Dipertua PIBG beserta exco PIBG sekolah-sekolah di Bahagian Betong telah menghadiri program ceramah ini. Ceramah Kecemerlangan Ibu bapa telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang terkenal iaitu Dr Shafie Haji Lugom. Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Ricky @ Mohammad Razi Bin Sitam, ADUN N.35 Saribas.

Gambar oleh Puan Chai Siao Wen, Guru Besar SJK ( C ) Chung Hua Debak.

TAHNIAH KEPADA PASUKAN SK ST AUGUSTINE ATAS KEJAYAAN MENJADI JUARA DALAM PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT NEGERI SARAWAK KATEGORI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2018

Foto oleh Cikgu Nelson Peter, SISC + PPD Betong

TAHNIAH KEPADA PASUKAN CHORAL SPEAKING SMK ST AUGUSTINE DAN SK PUSA ATAS KEJAYAAN MENDUDUKI TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2018

Keputusan Pasukan Daerah Betong:
SMK St Augustine - Tempat Kedua Kategori Sekolah Menengah
SK Pusa - Tempat Kedua Kategori Sekolah Rendah

Foto oleh Cikgu Ismail Bin Mohammad, GPK 1 SMK St Augustine, Betong

Thursday, July 12, 2018

SEKITAR SAMBUTAN GAWAI RAYA PPD BETONG 2018 ( 12 Julai 2018 )












Penganjuran Majlis Sambutan Gawai Raya PPD Betong Tahun 2018 diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara pegawai dan staf PPD Betong. Majlis turut meraikan bekas pegawai yang pernah bertugas di pejabat ini iaitu Cik Lim Heng Moi, SISC+ yang kini bertugas di PPD Sri Aman. Majlis turut meraikan Encik Mohd Yusuf Bin Abdullah, bekas pemandu PPD Betong yang telah bersara wajib.

Wednesday, July 11, 2018

MESYUARAT BERSAMA RESIDEN DAN AGENSI KERAJAAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SARAWAK KE-47 TAHUN 2018





Tarikh: 11 Julai 2018 ( Rabu )
Tempat: Bilik Mesyuarat Kenyalang, Aras 3, Pejabat Residen Betong

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Friday Anak Belik, Residen Bahagian Betong bertujuan untuk penyelarasan bidang tugas antara jabatan kerajaan bagi membantu kelancaran pengelolaan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak ke-47 di Betong.

Sepun Sepurok
Segulai Sejalai

Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Menjulang Pendidikan Daerah Betong