SILA LAYARI


Friday, January 27, 2017



Semakan Tawaran Penempatan Murid Tingkatan 1 Ambilan 2/2017 Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2017

GONG XI FA CHAI KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIKAN DI DAERAH BETONG YANG MERAIKANNYA


PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA BAGI TAHUN 2017

Tuan/puan,
                          
Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) akan diteruskan pelaksanaannya bagi Tahun 2017.

Sebarang lebihan peruntukan hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Mac 2017. Bagi sekolah yang menghadapi kekurangan peruntukan, pihak sekolah perlu mengemukakan Permohonan Peruntukan Tambahan ( menggunakan format yang dikepil bersama ) berserta penyata bank KWK sekolah selewat-lewatnya pada 15 Mac 2017 ke pejabat ini (up: Encik Awang Marali bin Awang Razali ).

Pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam mengurus perkara ini ialah Encik Awang Marali bin Awang Razali yang boleh dihubungi di talian 083-472152.

Sekian, harap maklum.

UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PPD BETONG

Sila guna format borang seperti berikut:





Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Daerah Betong Tahun 2017


Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia  dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara objektif  program ini ialah :
1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah.
2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3. Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.

Bagi peringkat Daerah Betong, Program Jom Ke Sekolah akan dilancarkan pada 06 Februari 2017 jam 8.00 pagi bertempat di SMK Beladin, Pusa. Majlis akan disempurnakan oleh Yang Berusaha Pegawai Pendidikan Daerah Betong serta turut dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Betong.

Wednesday, January 25, 2017

Precouncil Panel Pembangunan Sumber Manusia PPD Betong Bagi Tahun 2016

Precouncil Panel Pembangunan Sumber Manusia PPD Betong Bagi Tahun 2016 telah diadakan pada 23 hingga 26 Januari 2017 bertempat di Bilik Pegawai Pendidikan Daerah Betong. Precouncil tersebut dipengerusikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Betong, serta dihadiri oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Betong dan Ketua Unit Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan PPD Betong.












Sunday, January 22, 2017

Jemputan Menyaksikan Kejohanan Badminton 12, 15 & 18TKB MSS Sarawak 2017

Semua peminat sukan badminton dijemput untuk menyaksikan Kejohanan Badminton MSS Sarawak 2017 yang akan diadakan bermula pada 13 hingga 16 Februari 2017 bertempat di Dewan Alfred Jabu dan Dewan Layar Pejabat Daerah Betong

Kejohanan ini menghimpunkan bakat-bakat muda terbaik dari seluruh Negeri Sarawak, bersaing untuk merebut tempat terbaik. Pemain-pemain yang terbaik juga akan terpilih untuk membawa cabaran MSS Sarawak ke peringkat kebangsaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tuesday, January 17, 2017

TAKWIM SUKAN DAN PERMAINAN MSS BAHAGIAN BETONG TAHUN 2017 ( KEMASKINI PADA 17 JANUARI 2017 )


Sekitar Mesyuarat Pengurusan Staf Pejabat Pendidikan Daerah Betong Bilangan 1 Tahun 2017

Mesyuarat Pengurusan Staf Pejabat Pendidikan Daerah Betong Bilangan 1 Tahun 2017 telah diadakan pada 17 Januari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Hotel Medan Betong. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai di PPD Betong serta semua Guru Besar dan Pengetua di Daerah Betong.





















Saturday, January 14, 2017

Keputusan Penuh Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK Antara Jabatan Peringkat Bahagian Betong 2017

Kategori Veteren

Tempat Pertama   :   Pasukan Billbotom(Pendidikan)
Tempat Kedua      :   Pasukan PSKPP B
Tempat Ketiga      :   Pasukan PSKPP A


Kategori Senior

Tempat Pertama    :   Pasukan PSKPP
Tempat Kedua       :   Pasukan Bomba dan Penyelamat Betong
Tempat Ketiga       :   Pasukan COMBINED & KESUREB TC

Tahniah kepada semua pemenang

Sekitar Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK Antara Jabatan Peringkat Bahagian Betong Tahun 2017 kelolaan PPD Betong