SILA LAYARI


Wednesday, November 20, 2019

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA GURU-GURU PAKAR ( TASK-FORCE TUBU PPD BETONG 2019)

Tarikh: 20 November 2019
Tempat:SK St Augustine Betong

Seramai 104 orang guru yang merupakan pakar dalam mata pelajaran masing-masing telah diraikan dalam majlis ringkas yang dikelolakan oleh Unit Pengurusan Akademik PPD Betong.
            Majlis disempurnakan oleh Cikgu Supian Ekeram, Pegawai Pendidikan Daerah Betong.
Tuan PPD dalam ucapannya mengharapkan agar slogan Segulai Sejalai Moving Forward dapat diterapkan dalam jiwa setiap warga pendidik Daerah Betong demi mencapai matlamat kecemerlangan bersama.Diharapkan semua petugas Task Force dapat memberikan sumbangan yang aktif dalam memastikan setiap perancangan dapat dijalankan dengan sempurna.




































Monday, November 18, 2019

KUNJUNGAN KUMPULAN AKRAB PPD BETONG KEPADA PUAN ABDAH BINTI HARIF DAN PUAN MARDIANA BINTI TERIDI

18 Nov 2019 - Kumpulan AKRAB PPD Betong telah melakukan kunjungan kepada Puan Abdah binti Harif dan Puan Mardiana Binti Teridi bertempat di kuarters Kakitangan PPD Betong. Kunjungan turut disertai oleh Encik Isa Bin Sapiee, Kaunselor Pendidikan Daerah.
          Hamper turut disampaikan oleh Encik Junmon Haddad Hardison, Pengerusi AKRAB PPD Betong kepada Puan Abdah dan Puan Mardiana.





CLOCK-OUT TERAKHIR SAUDARA WELSON AUN ANAK ACHAI



18 Nov 2019 – Hari ini merupakan hari terakhir Encik Welson Aun Anak Achai bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Betong setelah lebih 6 tahun menabur khidmat di Betong. Beliau yang menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir N.29 akan bertukar tempat bertugas jawatan yang sama di Unit Sumber Manusia, ICT dan Pentadbiran Am, Sektor Pengurusan PPD Lubok Antu.
Sepanjang 6 tahun berkhidmat di pejabat ini, banyak kenangan pahit manis yang telah ditempuhi bersama beliau. Beliau seorang yang memiliki komitmen tugas yang amat tinggi dan merupakan pakar rujuk dalam urusan Perolehan, sebut harga dan sebagainya.
Pejabat ini mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan jasa bakti kepada dunia pendidikan di Daerah Betong





PROGRAM SINARAN PERMATA BETONG TAHUN 2019

Tarikh: 06 - 08 November 2019

Tempat: Kem PLKN Bukit Saban, Betong

Peserta : Pelajar Darjah 6 dan Tingkatan 3 Daerah Betong

Objektif:  Menangani isu Dadah dan Substance di kalangan pelajar-pelajar sekolah di Daerah Betong

Pengelola : PPD Betong dengan kerjasama One Stop Committe (OSC) Daerah Betong dan Persatuan Guru Bimbingan dan Kaunseling Zon Betong.