SILA LAYARI


Friday, December 14, 2018

AKTIVITI EKSA PPD BETONG: MENGECAT PAGAR UTAMA

Tarikh: 14 Disember 2018
Aktiviti: Mengecat pagar utama di PPD Betong

Aktiviti diketuai oleh Encik Supian Bin Ekeram, Pegawai Pendidikan Daerah Betong serta disertai oleh semua pegawai dan staf PPD Betong.

Thursday, December 13, 2018

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA CIKGU HALIZA BINTI JUKI DAN PASANGANNYA CAMELLIA BIN BUJANG

Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Haliza Binti Juki dan pasangannya, Encik Camellia Bin Bujang yang akan melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember 2018 ( Sabtu ) bertempat di No.19 D Kampung Babu, Debak.

Bagi pihak pegawai dan rakan-rakan seperjuangan di Pejabat Pendidikan Daerah Betong, diucapkan semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

TAKWIM PENGGAL DAN CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2019 BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN



Monday, December 10, 2018

MESYUARAT UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN PERINGKAT PPD BETONG

Tarikh: 05 Disember 2018
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Datuk Bandar Debak
Urus setia : Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan


PPD Betong

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH (JKKD) BILANGAN 4 TAHUN 2018 PERINGKAT DAERAH BETONG

Tarikh : 06 Disember 2018
Tempat : Bilik Konferen SMK St Augustine, Betong
Urus setia : Unit Pengurusan Akademik PPD Betong




UCAPAN TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN IBU KEPADA SAUDARI NORTORNAIM BINTI MOHD ALEH

Pegawai serta warga kerja Pejabat Pendidikan Daerah Betong merakamkan ucapan takziah kepada saudari Nortornaim Binti Mohd Aleh di atas pemergian ibu tercinta yang meninggal dunia pada 09 Disember 2018 bersamaan 01 Rabiul Akhir 1440H.

Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini. Kami mendoakan agar rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..


Tuesday, December 4, 2018

UCAPAN TAHNIAH PELANTIKAN PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK


UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAUDARI NORTORNAIM BT MOHD ALEH, ENCIK ZAKARIA BIN HJ ABANG ABD RAHMAN DAN TUAN HAJI RAZALI @ LAPOK BIN SITAM


Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai dan staf Pejabat Pendidikan Daerah Betong ;

Majlis Perkahwinan Nortornaim Binti Mohd Aleh dengan pasangannya Fadlyhan Bin Tuah pada Hari Sabtu 08 Disember 2018 bertempat di No.25K Kampung Tengah Pusa

Majlis Perkahwinan anak kepada Encik Zakaria bin Haji Abg Abd Rahman pada Hari Ahad 09 Disember 2018 bertempat di No.16B, Kampung Tengah Pusa

Majlis Perkahwinan anak kepada Tuan Haji Razali @ Lapok Bin Sitam pada Hari Ahad 23 Disember 2018 bertempat di No.44 Kampung Sebemban, Jalan Tanjung Assam, Betong.

Selamat Pengantin Baharu kepada Cik Nortornaim dan Selamat Menyambut Menantu buat Encik Zakaria Bin Haji Abang Abdul Rahman dan Tuan Haji Razali @ Lapok Bin Sitam

Sunday, December 2, 2018

GOTONG ROYONG PERDANA PPD BETONG : MENGECAT BANGUNAN PPD BETONG

Tarikh : 30 Oktober 2018 ( Jumaat )
Projek: Mengecat bangunan pejabat PPD Betong.

Kerja-kerja gotong royong dimulakan seawal jam 8 pagi. Aktiviti ini melibatkan semua staf di Pejabat Pendidikan Daerah Betong serta dibahagikan mengikut zon eksa yang telah ditetapkan. Aktiviti seperti ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara staf dan mewujudkan rasa kekitaan di kalangan warga kerja PPD Betong.