SILA LAYARI


Sunday, December 31, 2017

SMK SAINT AUGUSTINE BETONG DAN SK ABANG ABDUL KADIR BETONG ANTARA YANG TERPILIH BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 3.0 TAHUN 2018

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui




OBJEKTIF

  • Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPC TERBAIK
  • MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
  • Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid
Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

KENYATAAN MEDIA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2018 BAGI NEGERI SARAWAK








Sumber: Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPN Sarawak

Friday, December 29, 2017

TERIMA KASIH KEPADA SAUDARI VIVIAN KUPA AK CHANGGAI ATAS PERKHIDMATAN CEMERLANG YANG DITUNJUKKAN SEPANJANG PERKHIDMATAN DI UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN PPD BETONG

Pejabat ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di Unit Penilaian dan Peperiksaan. Kami warga kerja PPD Betong mendoakan agar Cik Vivian Kupa akan sentiasa beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.


TAHNIAH WARGA SK KAMPUNG BUDA, SPAOH..


 Aktiviti : Majlis Penyerahan Bangunan Baru SK Kampung Buda

Tarikh: 29 Disember 2017

Tetamu Kehormat:

YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak

YB Encik Mohammad Razi bin Sitam, ADUN N.35 Saribas

YBrs Puan Rakayah Binti Madon, Pengarah Pendidikan Sarawak


Wednesday, December 13, 2017

PERMOHONAN UPUONLINE SESI AKADEMIK 2018/2019



Untuk makluman, permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2018/ 2019 bagi lepasan SPM/setaraf & STPM/setaraf akan dibuka mulai:
            
Buka:5 FEBUARI 2018 Jam 12.00 Tengah hari
            
Tutup:10 APRIL 2018 Jam 11.59 Malam

Permohonan boleh dilakukan di portal rasmi UPU.https://upu.mohe.gov.my/

Pembelian nombor Unik ID boleh didapati di kaunter BSN seluruh Malaysia mulai 5 FEBUARI 2018 hingga 9 APRIL 2018
Harga nombor Unik ID adalah RM15.60 (TIADA GST dikenakan ke atas permohonan UPUOnline)

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara kami di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dihttp://upu.mohe.gov.my/

Monday, December 11, 2017

Selamat Menyambut Hari Natal 2017

Pejabat ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal 2017 kepada semua warga pendidikan terutamanya di Daerah Betong yang meraikannya.

Thursday, December 7, 2017

Majlis Apresiasi Malam Tautan Kasih PPD Betong Tahun 2017

 Tarikh : 05 Disember 2017 ( Selasa )
Tempat: Dewan Terbuka PPD Betong

Walaupun cuaca tidak berapa mengizinkan, namun semangat dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh pegawai dan warga kerja PPD Betong seharusnya mendapat pujian. Keadaan hujan lebat menyebabkan majlis terpaksa di pindah ke Bilik Mesyuarat PPD Betong.. ia ternyata tidak menjejaskan kemeriahan yang dirasakan sepanjang majlis berlangsung..

Terima kasih kepada semua pegawai dan warga kerja Pejabat Pendidikan Daerah Betong..

Terima kasih kepada Pengerusi serta ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan Staff PPD Betong di atas kelancaran pengelolaan Majlis Apresiasi Malam Tautan Kasih PPD Betong 2017