SILA LAYARI


Tuesday, February 26, 2019

MAJLIS CLOCK-OUT TERAKHIR ENCIK THOMAS TARANG ANAK WAT

Hari ini ( 25 Februari 2019 ) merupakan hari terakhir buat Encik Thomas Tarang Anak Wat, Mantan Penolong Penyelia Unit Pengurusan Akaemik PPD Betong bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Betong. Beliau akan memulakan tugasan baharu sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Nanga Passa, Betong berkuatkuasa pada 26 Februari 2019.

Sepanjang perkhidmatan di Pejabat Pendidikan Daerah Betong, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penyelia di Unit Pembangunan dan Bekalan sebelum bertukar unit di Unit Pengurusan Akademik pada awal tahun 2019 yang lalu.

Beliau merupakan seorang pegawai yang memiliki kualiti kepimpinan yang cukup disegani serta sentiasa menjadi rujukan di kalangan pegawai dan staf PPD Betong. Sikap ramah dan suka membantu menyebabkan beliau amat disenangi oleh rakan-rakan termasuk di kalangan pekerja swasta dan kawalan keselamatan di pejabat ini. Sesungguhnya pejabat ini amat terasa kehilangan pegawai yang berperibadi tinggi seperti Encik Thomas.

Pejabat ini sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau di Pejabat Pendidikan Daerah Betong.


Sunday, February 24, 2019

Friday, February 22, 2019

BENGKEL EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG TAHUN 2019

Tarikh : 22 Februari 2019
Objektif : Sesi percambahan idea untuk pelaksanaan EKSA PPD Betong bagi tahun 2019





















MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2019

Tarikh : 22 Februari 2019
Tempat : SMK Beladin, Pusa




TAHNIAH KEPADA PASUKAN HOKI MSS BAHAGIAN BETONG 2019

Pencapaian MSS Bahagian Betong :

Pasukan Lelaki 18TKB : Tempat Ketiga

Pasukan Lelaki 12TKB : Naib Johan

Pasukan Perempuan 12TKB : NaiB Johan

Anugerah Pemain Terbaik:

Lelaki 12 TKB
Perempuan 12TKB

Tahniah kepada pemain, pengurus, jurulatih dan pegawai pasukan Hoki MSS Bahagian Betong di atas kejayaan tersebut.






TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW MSS BAHAGIAN BETONG 2019

Pengelola : MSS Bahagian Kapit

Pencapaian MSS Bahagian Betong:

Pasukan Lelaki 12TKB : Peringkat Kumpulan

Pasukan Lelaki 15TKB : NAIB JOHAN

Pasukan Lelaki 18TKB : JOHAN

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pemain, pengurus, jurulatih dan pegawai di atas pencapaian yang membanggakan ini.








Thursday, February 21, 2019

BENGKEL LATIHAN STANDARD KUALITI PENGURUSAN ASRAMA (SKPA) PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG

 Tarikh: 21 Februari 2019
Tempat: Bilik Konferens SK St Augustine
Peserta: Guru Penolong Kanan HEM Daerah Betong