SILA LAYARI


Tuesday, February 26, 2019

MAJLIS CLOCK-OUT TERAKHIR ENCIK THOMAS TARANG ANAK WAT

Hari ini ( 25 Februari 2019 ) merupakan hari terakhir buat Encik Thomas Tarang Anak Wat, Mantan Penolong Penyelia Unit Pengurusan Akaemik PPD Betong bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Betong. Beliau akan memulakan tugasan baharu sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Nanga Passa, Betong berkuatkuasa pada 26 Februari 2019.

Sepanjang perkhidmatan di Pejabat Pendidikan Daerah Betong, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penyelia di Unit Pembangunan dan Bekalan sebelum bertukar unit di Unit Pengurusan Akademik pada awal tahun 2019 yang lalu.

Beliau merupakan seorang pegawai yang memiliki kualiti kepimpinan yang cukup disegani serta sentiasa menjadi rujukan di kalangan pegawai dan staf PPD Betong. Sikap ramah dan suka membantu menyebabkan beliau amat disenangi oleh rakan-rakan termasuk di kalangan pekerja swasta dan kawalan keselamatan di pejabat ini. Sesungguhnya pejabat ini amat terasa kehilangan pegawai yang berperibadi tinggi seperti Encik Thomas.

Pejabat ini sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau di Pejabat Pendidikan Daerah Betong.