Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah
dirujuk.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan
melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang secara
Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2019 bermula 1 Mac 2019 sehingga
31 Mac 2019.
Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk
dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini adalah diingatkan supaya
mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang (MS
Excel) dengan lengkap dan betul. Ketua Jabatan hendaklah memastikan
maklumat permohonan calon adalah lengkap dan teratur. Ketua Jabatan juga
diingatkan supaya mengemaskini maklumat perkhidmatan semua calon dalam
Sistem e-Pangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebutkepada Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
Calon yang memenuhi
syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai
dan berjaya SAHAJA akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai
Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang RAYUAN TIDAK AKAN
DIPERTIMBANGKAN.
Iklan boleh mula dimohon mulai 1 Mac
2019 (Jumaat).
Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Siaran di bawah.
Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Siaran di bawah.
Terima Kasih.