SILA LAYARI


Wednesday, March 13, 2019

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SisKA ( SISTEM KELUARGA ASRAMA ) PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG


Majlis pelancaran Program Sistem Keluarga Asrama Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Betong telah disempurnakan oleh Yang 
Berusaha Encik Supian Bin Ekeram, Pegawai Pendidikan Daerah Betong pada 13 Mac 2019 bertempat di SMK Pusa.

Matlamat Sistem Keluarga Asrama (SISKA) ialah menjadikan asrama sebagai institusi keluarga yang menjamin kemenjadian murid
asrama.Kemenjadian murid asrama didokong oleh peranan guru sebagai ibu bapa di asrama dalam memberi tumpuan terhadap 
perkembangan pembangunan diri murid dalam semua aspek.

OBJEKTIF
 i.                   Mewujudkan perasaan kekeluargaan dalam kalangan murid asrama agar asrama menjadi kediaman yang selesa, menyeronokkan dan dapat menarik murid untuk tinggal di asrama.

            ii.                   Mewujudkan hubungan yang akrab dan meningkatkan kerjasama antara guru dan murid dalam proses perkembangan diri murid asrama dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual.


               iii.                   Menyebarluaskan peranan mendidik murid asrama kepada semua warga pendidik di sekolah agar kemenjadian murid asrama menjadi tanggungjawab bersama.


              iv.                   Meningkatkan keyakinan ibu bapa / PIBG terhadap kemenjadian murid asrama dengan turut sama terlibat dan memberi sumbangan dalam program yang dijalankan di asrama.kan peranan mendidik murid asrama kepada semua warga pendidik di sekolah agar kemenjadian murid asrama menjadi tanggungjawab bersama.

              iv.                   Meningkatkan keyakinan ibu bapa / PIBG terhadap kemenjadian murid asrama dengan turut sama terlibat dan memberi sumbangan dalam program yang dijalankan di asrama.