SILA LAYARI


Thursday, December 29, 2016

INFO KPM

Saksikan rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9 pada 30 Disember 2016 (Jumaat) jam 9.15 pagi yang akan membincangkan topik bertajuk "Sesi Persekolahan 2017".

Panel jemputan adalah YBhg. Datin Nor Zamani Abdol Hamid, Timbalan Pengarah (Dasar), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia.

HARI BERTEMU PELANGGAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR


RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2017

Guru Besar
SK / SJK ( C ) Chung Hua
Daerah Betong


Tuan,

                         
Dengan segala hormatnya surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia bil: KPMSP.800-4/1/15 Jld.5(14) bertarikh 23 Disember 2016 berkenaan perkara di atas dirujuk.

2.         Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan dipohon untuk memastikan RMT bagi murid Tahun 2 hingga 6 di sekolah masing-masing dilaksanakan bermula pada hari pertama persekolahan.

3.         Pelaksanaan RMT ini hendaklah mematuhi Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2016 (No.rujukan: KPMSP.100-1/7/1 Jld.4(94) bertarikh 14 Oktober 2016). Surat pekeliling ini perlu dibaca bersama dengan Buku Panduan Pengurusan RMT dan Surat Siaran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

4.         Dikepilkan bersama ini ialah salinan surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM bil: KPMSP.800-4/1/15 Jld.5(14) bertarikh 23 Disember 2016, untuk rujukan pihak tuan selanjutnya.


5.         Pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam mengurus perkara ini ialah Encik Awang Marali bin Awang Razali yang boleh dihubungi di talian 083-472152.

UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG

Wednesday, December 28, 2016

KEMPEN KESEDARAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN (BPK)


TAHNIAH!




Tuan Haji Aminuddin Bin Adam 
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
Kementerian Pendidikan Malaysia
TAHNIAH!


YBhg. Dato' Haji Rozi Bin Puteh Ismail
Ketua Nazir Sekolah

Jemaah Nazir Jaminan Kualiti

Kementerian Pendidikan Malaysia

JASAMU DIKENANG












Pihak Pegawai dan warga kerja Pejabat Pendidikan Daerah Betong ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas jasa bakti yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan di pejabat ini. Semoga tuan/puan sekelian berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..

INFO AKRUAN


Tahniah kepada warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia


Tuesday, December 27, 2016

Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 1 Tahun 2017

Dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 1 Tahun 2017 yang dijadualkan pada 21 hingga 23 Februari 2017 akan dibuka mulai 1 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Calon-calon boleh membuat pendaftaran melalui laman sesawang https://sisppa.moe.gov.my .

Sekalung tahniah kepada Encik Junmon Haddad Hardison bersama pasangannya. Semoga kekal hingga ke anak cucu..


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JPA 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.                  Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan JPA bagi tahun 2016. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai tahap kepuasan pelanggan JPA terhadap penyampaian perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak JPA.
 
3.                  Hasil kajian ini akan digunakan untuk tujuan tindakan penambahbaikan serta pengukuhan dasar dan strategi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan JPA. Sehubungan itu, pihak JPA amat memerlukan maklum balas ikhlas daripada pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam melengkapkan Kajian Kepuasan Pelanggan JPA Tahun 2016 ini.
 
4.      Kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untukmelengkapkan borang soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan JPA Tahun 2016 ini sebaik-baiknya sebelum atau pada 31 Disember 2016 menerusi pautanhttps://goo.gl/forms/YgPNRLhJ6f10x7Yh1
 
 
5.      Kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.        
 
Sekian, terima kasih.
 
“PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM”
 
 
Unit Komunikasi Korporat
Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
 
Tel    : +603 8885 3710 / 3831/ 3855
Fax   : +603 8889 2217

INFO KPM

Saksikan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada 29 Disember 2016 (Khamis) jam 7.45 pagi yang akan membicangkan topik bertajuk "Kembali Ke Sekolah".

Panel jemputan adalah YBhg. Datin Nor Zamani Abdol Hamid, Timbalan Pengarah (Dasar), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia.


Selamat menonton.

MENANGANI KES KERACUNAN DI KANTIN SEKOLAH

Semua
Pengetua/Pengarah/Guru Besar
SMK/Kolej Vokasional/SK/SJK ( C ) Chung Hua
Daerah Betong

Tuan,

                         
Dengan segala hormatnya surat daripada Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bil:JPS(W)/SPS(pp)153/07/09/03 Jld30(88) bertarikh 19 Disember 2016 berkenaan perkara di atas dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan perhatian berat terhadap kes keracunan makanan di kantin sekolah di seluruh negara. Usaha-usaha untuk mengurangkan kes-kes keracunan di kantin sekolah hendaklah diberi keutamaan.

3.         Mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K Kebangsaan Bil.1/2016 pada 30 Mei 2016 yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Pendidikan 1 telah memutuskan supaya kantin sekolah yang diberi gred C dan ke bawah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak disambung kontrak dan disenarai hitam selama setahun.

4.         Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan dipohon untuk memastikan perkara ini dipatuhi.

5.         Pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam mengurus perkara ini ialah Encik Awang Marali bin Awang Razali yang boleh dihubungi di talian 083-472152.


PERSEDIAAN MENERIMA MURID 2017 DI ASRAMA

Kepada Pengetua/Guru Besar
SMK/SK/SJKC ( sekolah berasrama )
Daerah Betong,

Dimaklumkan sesi persekolahan 2017 akan bermula pada 03 Januari 2017. Sehubungan itu, pihak tuan dimohon membuat persediaan untuk menerima kemasukan murid-murid asrama 2017. Selain itu, pihak tuan diingatkan agar memastikan keadaan bilik asrama, dewan makan, dapur dan tandas dalam keadaan bersih, teratur dan tersusun sebelum murid mendaftar masuk. Harap maklum dan terima kasih.
UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

PPD BETONG

Friday, December 23, 2016

PENYERAHAN TABLET DAN PERISIAN E-TUTOR KEPADA GURU DI DAERAH BETONG

Majlis penyerahan Tablet Guru bagi peringkat Daerah Betong telah dilaksanakan pada 5 hingga 8 September bertempat di PPD Betong. Sesi taklimat dan penyerahan diuruskan oleh pihak Utusan Melayu(M) Berhad. Seramai 1530 orang guru dari Daerah Betong telah menerima tablet tersebut.

LAWATAN AUDIT DALAM MS ISO 9001:2008




Lawatan Audit Dalam MS ISO 9001:2008 telah dilaksanakan pada 23 hingga 24 Jun bertempat di PPD Betong. Pasukan juruaudit diketuai oleh Encik Empari anak Bridi dari JPN Sarawak bersama Encik Abit Hong (JPN Sarawak), Encik Maurice Jusimin(PPD Serian) dan Encik Thomas Penik(PPD Serian). Mesyuarat Pembukaan Audit dijalankan pada 23 Jun jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat PPD Betong. Sesi penutupan telah diselesaikan pada jam 3.00 petang pada 24 Jun. Sesi pengauditan tahun ini merangkumi pengauditan MS ISO 9001:2008 serta Audit Visit DTP Negeri Sarawak. Sesi pengauditan berjalan lancar mengikut jadual yang telah dirancang.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PERINGKAT PPD BETONG


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat PPD Betong  telah dijalankan dengan jayanya pada 21 April bertempat di Dewan Gemilang Maktab Rendah Sains Mara Betong. Majlis APC PPD Betong telah dirasmikan oleh Tuan Haji Bidin bin Abas, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Sarawak selaku wakil Pengarah Pendidikan Sarawak. Seramai 152 orang penerima dari sekolah menengah, sekolah rendah dan PPD Betong telah menerima APC pada tarikh tersebut. Majlis ini diadakan dengan objektif untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan yang telah memberi komitmen yang tinggi terhadap tugas dan berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tahun 2015.

KEM BESTARI SOLAT, KEM CEMERLANG JAWI DAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT BAHAGIAN BETONG

Aktiviti tersebut diadakan pada 17 hingga 18 November bertempat di SK Pusa, Daerah Betong. Aktiviti ini melibatkan 300 orang murid Tahun 6 dari 12 buah sekolah rendah di Zon Pusa. Yang Berbahagia Ustaz Haji Hossen bin Haji Marip, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNS telah sudi menyempurnakan majlis penutupan program tersebut.

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH BAHAGIAN BETONG 2016

Diadakan pada 23 April bertempat di SMK BM Saratok dan SK Abang Abdul Rahman Saratok. Dengan tema “ Al-Quran Asas Pembinaan Ilmu dan Penyempurnaan Akhlak”, aktiviti ini diharapkan dapat meningkatkan minat pelajar untuk membaca, memahami dan menghayati Al-Quran dan isi kandungannya, serta meningkatkan lagi mutu bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.

LAWATAN DIALOG PELAKSANAAN INTERVENSI OLEH PEGAWAI BPSH, IAB DAN PADU, KPM


Objektif lawatan ialah bagi memastikan pelaksanaan Program Intervensi Linus 2.0 dapat memantapkan lagi pelaksanaan program Linus 2.0 di peringkat sekolah dan daerah. Program tersebut melibatkan lawatan di beberapa buah sekolah yang terpilih serta sesi perjumpaan bersama FasiLINUS di PPD Betong.

PROGRAM MENATANG AMANAH DIDIK ANJURAN PPD BETONG



Kerjasama bersepadu meningkatkan prestasi akademik oleh pemimpin tempatan, Pejabat Residen Betong, MRSM Betong dan PPD Betong. Akronim DIDIK mewakili “Dedication + Inteligence + Dicipline + Integrity = Knowledge”. Aktiviti diadakan pada 14 April bertempat di Lobi Pejabat Residen Betong dan Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong. 

PERJUMPAAN PASUKAN GURU SUMBER BAGI SPM 2016 DAERAH BETONG DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP)


Seramai 15 orang guru yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang mata pelajaran dipilih bagi membantu meningkatkan prestasi penguasaan mata pelajaran BM, BI Sains, Matematik dan Sejarah di peringkat SPM. Perjumpaan tersebut diadakan pada 19 Ogos bertempat di Bilik Konferen SK Saint Augustine Betong.

PROGRAM LITERASI AWAL BAHASA INGGERIS PRASEKOLAH

Objektif program ini diadakan adalah bagi meningkatkan pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran guru prasekolah dalam literasi awal Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah, serta meningkatkan penguasaan kanak-kanak prasekolah dalam Bahasa Inggeris di peringkat awal pendidikan. Aktiviti ini dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dan PPD Betong. Ia melibatkan penyertaan 28 orang Guru Prasekolah dan 495 orang murid prasekolah dari Daerah Betong

AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU TAHUN 2016



Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bersempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Betong 2016. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Perlawanan Persahabatan Pilihan PPD Betong bersama Pilihan Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Betong, Bacaan Yasin dan Tahlil Hari Guru serta Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan Percuma bertempat di Dewan Terbuka PPD Betong. Pihak pengelola merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid Jame Betong dan Hospital Betong di atas komitmen dalam membantu menjayakan aktiviti sempena sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Betong.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BETONG



Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Betong telah diadakan pada 19 Mei bertempat di Dewan Gemilang, MRSM Betong. Perasmian sambutan disempurnakan oleh Tuan Friday anak Belik, Pegawai Daerah Betong selaku wakil Residen Betong. Dalam majlis tersebut, Tuan Haji Rapaiee bin Bulat, mantan Guru Besar SK Datuk Bandar, telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Daerah Betong Tahun 2016.

Kemasukan 10% Markah Kokurikulum 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Kemasukan 10% Markah Kokurikulum 2017 boleh dilakukan bermula 15 Disember 2016 sehingga 31 Januari 2017. Sila layari https://emkoko.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2017 boleh dilakukan bermula 15 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Sila layari https://essem.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut.




MALAM APRESIASI PPD BETONG " SEKALUNG BUDI, SEBENING KASIH "TAHUN 2016

Pada 06 Disember 2016 bertempat di Dewan Terbuka PPD Betong, telah diadakan Majlis Malam Apresiasi PPD Betong "Sekalung Budi, Sebening Kasih". Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada semua pegawai dan staf di PPD Betong serta PKG Betong, atas komitmen dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan sepanjang tahun. Berkonsepkan santai, majlis kali ini dikelolakan oleh Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Betong.

Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti sambutan hari jadi staf, cabutan tiket bertuah, pertukaran hadiah dan persembahan karaoke oleh staf di PPD Betong. Pihak pengelola merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan staf di PPD Betong di atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan majlis ini.