SILA LAYARI


Thursday, December 22, 2016

PELAKSANAAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2017

Guru Besar
SK / SJK ( C ) Chung Hua
Daerah Betong

Tuan,
                      
Dengan segala hormatnya surat daripada Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bil:JPS(W)SPA/153/09/05/07 Jld.16 (12) bertarikh 21 November 2016 berkenaan perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah akan diteruskan pada tahun 2017 untuk tempoh tidak melebihi tempoh maksimum 190 hari dengan kadar RM3.00 seorang.

3.         Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dipohon untuk melaksanakan permohonan RMT 2017 dengan melengkapisikan Borang Rumusan Permohonan RMT 2017 dan dikembalikan ke pejabat ini pada atau sebelum 22 November 2016.

4.         Seperti pada tahun lepas, penerima RMT wajib mengisi Borang Permohonan Individu RMT seperti di Lampiran 1 dan perlu disimpan di peringkat sekolah bagi tujuan audit dan pemantauan. Untuk makluman pihak tuan, kadar kelayakan pendapatan bagi Negeri Sarawak untuk permohonan RMT ialah RM 660.00 atau per kapita RM 160.00.


5.         Pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam mengurus perkara ini ialah Encik Awang Marali bin Awang Razali yang boleh dihubungi di talian 083-472152.