SILA LAYARI


Thursday, December 22, 2016

PELAKSANAAN PERMOHONAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN(KWAPM) BAGI MURID DARJAH 2 HINGGA DARJAH 6 TAHUN 2017 SECARA ATAS TALIAN MELALUI APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB) – MODUL KWAPM

Semua
Guru Besar
SK/SJK ( C ) Chung Hua Daerah Betong

Tuan,
         
Dengan segala hormatnya surat daripada Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bil:JPS(W)/SPPK(Hem)/153/02/02/02 Jld.56 (20) bertarikh 14 November 2016 berkenaan perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bantuan KWAPM Tahun 2017 bagi murid Darjah 2 hingga Darjah 6 Sesi 2017 akan dilaksanakan secara atas talian melalui Aplikasi Pengurusan Bantuan di bawah Modul KWAPM. Permohonan tersebut akan mula dibuka pada 21 November 2016 hingga 12 Disember 2016 melalui laman sesawang berikut :

Pengguna
Laman Sesawang
Guru Besar / Guru KWAPM
( Modul Pengurusan Murid )

3.         Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dipohon untuk melaksanakan permohonan bantuan KWAPM bagi murid-murid Darjah 2 hingga 6 secara atas talian berdasarkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dalam Takwim Pengurusan APB. Sila pastikan pihak sekolah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah bagi memilih dan memperakukan murid yang layak untuk menerima bantuan KWAPM di bawah permohonan Data Sedia Ada.

4.         Disamping permohonan secara atas talian, pihak tuan juga dipohon mengedarkan Borang Permohonan KWAPM ( Individu ) untuk dilengkapisi oleh ibu bapa/penjaga murid. Borang tersebut perlu dikutip semula untuk simpanan pihak sekolah bagi tujuan rekod dan audit.


5.         Pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam mengurus perkara ini ialah Encik Syahrum bin Jais yang boleh dihubungi di talian 083-472152.