SILA LAYARI


Thursday, December 22, 2016

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN CAWANGAN BETONG TAHUN 2016





Mesyuarat Agung PSKPP Cawangan Betong Bilangan 1 Tahun 2016 telah diadakan pada 15 Jun bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Hotel Medan Betong. Mesyuarat dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar di Bahagian Betong termasuk pegawai-pegawai dari PPD Betong dan PPD Saratok. Agenda utama mesyuarat termasuklah perbincangan mengenai pengelolaan Karnival PSKPP Peringkat Bahagian Betong dan persediaan kontinjen PSKPP Cawangan Betong ke Karnival PSKPP Negeri Sarawak yang berlangsung di Sri Aman. Upacara simbolik penyerahan Kertas Konsep Pengelolaan Karnival PSKPP Peringkat Bahagian Betong telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Sapawi bin Mahdi, Pegawai Pendidikan Daerah Betong kepada wakil PPD Saratok, Encik Tommy Katum, Ketua Unit UPPK PPD Saratok.