SILA LAYARI


Tuesday, December 17, 2019

Monday, December 16, 2019

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2019 KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIKAN DAERAH BETONG YANG MERAIKANNYA. SEGULAI SEJALAI:MOVING FORWARD


Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Betong Bilangan 3 Tahun 2019

Tarikh : 16 Disember 2019
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Kolej Vokasional Betong


16 Disember - Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Betong Bilangan 3 Tahun 2019 telah diadakan bertempat di Kolej Vokasional Betong. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Aleksey anak Aman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Betong serta dihadiri oleh semua PGB Daerah Betong, dan Ketua-ketua Unit PPD Betong. Antara agenda yang dibincangkan termasuklah Status Terkini Kedudukan Guru Daerah Betong, Data Guru Ganti, Prasekolah, Esarana dan Pelaporan Bimbingan Rakan ELITE TS25. Mesyuarat diurus setia oleh Unit Pengurusan Sekolah yang diketuai oleh Puan Dayang Normala Binti Abg Dalhan.




Monday, December 9, 2019

TAKLIMAT BULANAN STAF PPD BETONG PELAPORAN OKTOBER DAN NOVEMBER BILANGAN 11 TAHUN 2019

Tarikh : 05 Disember 2019
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Betong
Pencatat minit ; Encik Isa bin Sapiee dan Pn Rifdiawati Zaini

Agenda taklimat adalah seperti berikut;
-Bacaan doa oleh Encik Zakaria bin Abg Abd Rahman
-Amanat oleh Pegawai Pendidikan Daerah Betong;
-Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.10/2019 dan Pembentangan Maklum Balas;
-Pembentangan Pelaporan;
Unit-unit di PPD Betong
Pelaporan PKPPD
Pelaporan EKSA PPD Betong
-Majlis Penyerahan Ringkas Nota Serah Tugas;
-Pengenalan Portal Rasmi PPD Betong;
-Hal-hal lain.


















HARI KELUARGA WARGA PPD BETONG TAHUN 2019

Tarikh: 31 November - 01 Disember 2019
Tempat: Pantai Tanjung Kembang, Kabong
Anjuran : Badan Kebajikan Staf PPD Betong






















































Hari Keluarga Warga Pejabat Pendidikan Daerah Betong  merupakan salah satu aktiviti rasmi bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua kakitangan yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Betong dan Pusat Kegiatan Guru Betong. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu,dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.Penganjuran Hari Keluarga  ini juga merupakan salah satu cara untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara pihak pengurusan dan warga kerja. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga PPD Betong.

2.0   OBJEKTIF
2.1. Memberikan ruang kepada pihak pengurusan atasan dan warga kerja untuk
       melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang dirancang.
2.2 . Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
        silaturahim di kalangan warga PPD Betong.
2.3. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-
       nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.