SILA LAYARI


Monday, December 9, 2019

HARI KELUARGA WARGA PPD BETONG TAHUN 2019

Tarikh: 31 November - 01 Disember 2019
Tempat: Pantai Tanjung Kembang, Kabong
Anjuran : Badan Kebajikan Staf PPD Betong






















































Hari Keluarga Warga Pejabat Pendidikan Daerah Betong  merupakan salah satu aktiviti rasmi bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua kakitangan yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Betong dan Pusat Kegiatan Guru Betong. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu,dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.Penganjuran Hari Keluarga  ini juga merupakan salah satu cara untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara pihak pengurusan dan warga kerja. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga PPD Betong.

2.0   OBJEKTIF
2.1. Memberikan ruang kepada pihak pengurusan atasan dan warga kerja untuk
       melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang dirancang.
2.2 . Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
        silaturahim di kalangan warga PPD Betong.
2.3. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-
       nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.