SILA LAYARI


Wednesday, February 28, 2018

PROGRAM WARGA PENDIDIK BERSAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH) PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG
















Tarikh: 28 Februari 2018
Tempat: Dewan Tan Sri Alfred Jabu, SMK St Augustine

Pengisian:

Sesi ceramah Pencegahan Rasuah oleh Penolong Kanan Penguasa Badli Shah Bin Shamin

Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Betong dipimpin oleh YBrs.Encik Aleksey Anak Aman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Betong.

Simbolik menandatangani Sijil Ikrar Bebas Rasuah oleh Encik Aleksey Anak Aman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Betong serta disaksikan oleh Penguasa Kanan Rasimah Binti Asdari, Penolong Pengarah SPRM Cawangan Sibu selaku wakil Pengarah SPRM Sarawak.

Tuesday, February 27, 2018

Tuesday, February 20, 2018

SEKITAR MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW ANTARA REGU DAN BERPASUKAN 12, 15 & 18TKB MAJLIS SUKAN SEKOLAH SARAWAK TAHUN 2018





Tarikh: 20 Februari 2018
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Betong

Pejabat ini mengucapkan selamat datang dan selamat bertanding kepada semua pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. Sebanyak 33 buah pasukan daripada kategori 12, 15 dan 18TKB dari seluruh negeri Sarawak akan berentap selama 3 hari ( 21 - 23 Februari 2018 ) di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong. Semua peminat sukan sepak takraw di Bahagian Betong adalah dijemput hadir menyaksikan kehebatan bakat-bakat muda dari seluruh negeri Sarawak.


SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) PPD BETONG TAHUN 2017








Senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PPD Betong bagi tahun 2017:

Encik Benson Anak Damu, Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD Betong.
Encik Yusof Anthony Bin Ross, Penyelia Unit Maklumat dan ICT PPD Betong.
Encik Awang Marali Bin Awang Razali, Penolong Penyelia HEM PPD Betong.
Puan Catharina Anak Stephen, SISC+ PPD Betong.
Encik Mohd Zaidi Bin Kumput, Pembantu Operasi PPD Betong

pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima APC PPD Betong..Semoga menjadi peransang kepada kejayaan yang lebih manis untuk masa-masa yang akan datang.

Tuesday, February 13, 2018

BENGKEL VERIFIKASI DATA PRASEKOLAH (SMPK) PERINGKAT DAERAH BETONG 2018





Tarikh: 13 Februari 2018 ( Selasa )
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Betong
Urus setia: Unit Pengurusan Sekolah PPD Betong

Bengkel dihadiri oleh Guru-guru Pra Sekolah di Daerah Betong. Ketua Unit Pengurusan Sekolah dalam kata-kata aluannya berharap agar objektif utama iaitu memastikan data SMPK Daerah Betong adalah sahih dan tepat, dapat dicapai. Turut hadir ialah Penolong Penyelia UPS, Cik Margereth Tambong Ak Lengidai.

Sunday, February 11, 2018

PENCAPAIAN PASUKAN RAGBI DAN BADMINTON MSS BAHAGIAN BETONG 2018


Pencapaian Pasukan Badminton 15 & 18TKB MSS Bahagian Betong di Kejohanan Badminton MSS Sarawak Tahun 2018:

Single P15TKB : SUKU AKHIR
Beregu Campuran: Suku Akhir
Double P18tkb : Tempat ke 3
Double L18tkb : Suku Akhir
Double L15tkb : Pusingan ke 2

Pencapaian Pasukan Ragbi 12TKB MSS Bahagian Betong di Kejohanan Ragbi MSS Sarawak Tahun 2018:

Pasukan 12TKB: Naib Johan Kategori 12TKB(Plate)

Pejabat ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemain, jurulatih dan pengurus pasukan Badminton dan Ragbi MSS Bahagian Betong..Semoga kejayaan demi kejayaan dapat dicapai oleh MSS Bahagian Betong..



Wednesday, February 7, 2018

SESI TAKLIMAT BERSAMA PEMBEKAL RMT SEKOLAH DAERAH BETONG DAN PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN BETONG 2018

Tarikh: 07 Februari 2018 ( Rabu )
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Betong

Sesi taklimat ini diadakan bagi memberikan kesedaran kepada pembekal RMT di sekolah agar dapat menguruskan penyediaan RMT secara betul dan mengikut SOP yang telah ditetapkan serta mengelakkan daripada berlakunya kes keracunan makanan. Taklimat dipengerusikan oleh Encik Syahrum Bin Jais, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, serta dibantu oleh Encik Awang Marali Bin Awang Razali, Penolong Penyelia HEM UPPK dan Cik Mitchell Ilona Isey, Pegawai Teknologi Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Betong. Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dan pembekal RMT Daerah Betong atas kesudian menjayakan sesi taklimat pada kali ini.