SILA LAYARI


Wednesday, February 7, 2018

SESI TAKLIMAT BERSAMA PEMBEKAL RMT SEKOLAH DAERAH BETONG DAN PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN BETONG 2018

Tarikh: 07 Februari 2018 ( Rabu )
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Betong

Sesi taklimat ini diadakan bagi memberikan kesedaran kepada pembekal RMT di sekolah agar dapat menguruskan penyediaan RMT secara betul dan mengikut SOP yang telah ditetapkan serta mengelakkan daripada berlakunya kes keracunan makanan. Taklimat dipengerusikan oleh Encik Syahrum Bin Jais, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, serta dibantu oleh Encik Awang Marali Bin Awang Razali, Penolong Penyelia HEM UPPK dan Cik Mitchell Ilona Isey, Pegawai Teknologi Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Betong. Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dan pembekal RMT Daerah Betong atas kesudian menjayakan sesi taklimat pada kali ini.