SILA LAYARI


Wednesday, November 29, 2017

Mesyuarat Penyelarasan SUKSAR Zon Barat di Sarikei



Bahagian Betong akan menyertai Kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR 2017) yang dijangka berlangsung pada 14 hingga 17 Disember 2017 bertempat di Kuching dan Samarahan. Penyertaan adalah melalui zon dimana Bahagian Betong bersama-sama Bahagian Sri Aman dan Sarikei akan membentuk satu kotinjen yang dikenali sebagai Zon Barat.

Bahagian Betong menghantar seramai 78 orang pegawai dan atlet bagi menguatkan kontinjen Zon Barat. Antara acara sukan yang disertai ialah seperti Bola Baling, Angkat Berat, Memanah, Renang, Badminton, Olahraga, Petanque, Ragbi, Sepak Takraw, Muay dan Berbasikal.

Pejabat Pendidikan Daerah Betong berbangga di atas penglibatan pegawai dan pelajar dari Bahagian Betong yang menyertai Kejohanan Sukan Sarawak pada kali ini. Diharapkan pengalaman yang diperolehi akan dapat membantu pembangunan sukan di sekolah-sekolah Bahagian Betong.

Tuesday, November 28, 2017

Setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Siti Aminah Binti Samsudin (Pembantu Akauntan PPD Betong)


Pegawai dan warga kerja Pejabat Pendidikan Daerah Betong mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cik Siti Aminah Binti Samsudin dan pasangannya..Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Amin..

KURSUS PENGURUSAN PRASEKOLAH BERSAMA PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH BETONG 2017

Tarikh: 28, 29 dan 30 November 2017
Tempat: Kolej Komuniti Betong
Urus setia: Unit Pengurusan Sekolah PPD Betong







Sunday, November 26, 2017

Makan Malam Penjawat Awam Bersama Pemimpin Daerah Betong 2017

Anjuran: Pejabat Pendidikan Daerah Betong dan SMK Saint Augustine, Betong
Tarikh: 25 November 2017 di Dewan Sukan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong






Wednesday, November 15, 2017

Bengkel Pengurusan Ko-Kurikulum Bersama Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Daerah Betong 2017

Tarikh: 15 November 2017
Tempat: Bilik Konferen SK Datuk Bandar Debak
Peserta: 56 orang Guru Penolong Kanan Kokurikulum Daerah Betong ( Termasuk Penolong Pengetua ( Hal Ehwal Kokurikulum ) MRSM Betong
Penganjur: Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Betong



Monday, November 13, 2017

Kem Bakat Hoki SPTS Zon Sarawak 2017

Pejabat Pendidikan Daerah Betong merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian tempat ke-3 Pasukan PLD SMK Datuk Patinggi Kedit dalam aktiviti tersebut.

Tarikh: 11-12 November 2017
Tempat: SMK Meradong,Sarikei

Penyertaan:
PLD SMK Datuk Patinggi Kedit
( Gabungan pelajar dari SMK Datuk Patinggi Kedit dan SMK Spaoh )

Pencapaian: Tempat ke-3

Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian tersebut.

Gambar oleh Encik Azmi Bin Abdullah,
Ketua Jurulatih/Pengurus Pasukan PLD SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong









Sunday, November 12, 2017

Program Pembangunan Bola Sepak Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Zon Tengah 1

Tarikh: 10 - 12 November 2017
Tempat: Bintangor

Kedudukan Daerah Betong

Pasukan 11TKB : Peringkat kumpulan

Pasukan 16TKB : Naib Johan

Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Piala Emas Daerah Betong

( Tewas kepada Daerah Saratok pada aksi Perlawanan Akhir: 2 : 0 )




Friday, November 10, 2017

Mesyuarat Pengurusan Kewangan & Aset Pejabat Pendidikan Daerah Betong Bil. 4 Tahun 2017

Tarikh: 10 Oktober 2017 ( Jumaat )
Tempat: Bilik Konferen SMK Saint Augustine, Betong
Kehadiran: Semua KU PPD Betong, Penolong Akauntan, Pegawai Eksekutif, semua staf Unit Kewangan PPD Betong, Guru Besar dan Pengetua Daerah Betong.