SILA LAYARI


Wednesday, November 29, 2017

Mesyuarat Penyelarasan SUKSAR Zon Barat di Sarikei



Bahagian Betong akan menyertai Kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR 2017) yang dijangka berlangsung pada 14 hingga 17 Disember 2017 bertempat di Kuching dan Samarahan. Penyertaan adalah melalui zon dimana Bahagian Betong bersama-sama Bahagian Sri Aman dan Sarikei akan membentuk satu kotinjen yang dikenali sebagai Zon Barat.

Bahagian Betong menghantar seramai 78 orang pegawai dan atlet bagi menguatkan kontinjen Zon Barat. Antara acara sukan yang disertai ialah seperti Bola Baling, Angkat Berat, Memanah, Renang, Badminton, Olahraga, Petanque, Ragbi, Sepak Takraw, Muay dan Berbasikal.

Pejabat Pendidikan Daerah Betong berbangga di atas penglibatan pegawai dan pelajar dari Bahagian Betong yang menyertai Kejohanan Sukan Sarawak pada kali ini. Diharapkan pengalaman yang diperolehi akan dapat membantu pembangunan sukan di sekolah-sekolah Bahagian Betong.