SILA LAYARI


Thursday, December 22, 2016

PERINGATAN LANGKAH2 PENCEGAHAN PENULARAN KE ATAS PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT(HFMD)

Surat daripada PKB Betong bil:PKBTG/PENT/KPKKP/38(39) bertarikh 14.12.16 berkenaan perkara di atas dirujuk. Sehubungan itu, pihak sekolah adalah diingatkan utk mengambil langkah2 berikut bagi mengelak berlaku penularan HFMD di kalangan murid-murid dibawah seliaan masing2:
1.Pihak sekolah perlu menjalankan pembersihan dan disinfeksi menggunakan chlorox(Ratio 1:10) di setiap bilik darjah dan tandas sebelum sesi persekolahan bermula.
2. Melaksanakan “Gate Keeping”di pintu masuk sekolah/kelas pada hari pertama persekolahan(melakukan pemeriksaan ke atas tangan dan kaki setiap murid utk mengesan tanda2 ruam/lepuh dan ulser mulut).
3. Menasihatkan ibu bapa/penjaga utk membawa anak2 yg mempunyai gejala penyakit HFMD ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut.
4. Sekiranya ada murid yg mempunyai gejala HFMD, pihak sekolah diminta mengasingkan (isolasi) murid tersebut dari bergaul dgn murid2 lain sementara menunggu waris membawa pulang murid terlibat utk mendapatkan rawatan di klinik.
5. Pihak sekolah perlu menyediakan kelengkapan yg mencukupi utk memudahkan murid mencuci tangan seperti sabun dan bekalan air bersih.
6. Pihak sekolah perlu menjalankan aktiviti pembasmian kuman (disinfeksi) menggunakan klorox di setiap bilik darjah, dewan makan dan bilik tandas.

Harap maklum dan terima kasih