SILA LAYARI


Thursday, December 22, 2016

PENARAFAN KEBERSIHAN TANDAS SEKOLAH

Dimaklumkan bhw pihak BPSH KPM melalui surat KPMSP.600-14/1/55(33) bertarikh 22.11.2016 telah memberikan perhatian berat terhadap kebersihan tandas sekolah2 di seluruh negara. Usaha oleh pihak pentadbir sekolah utk menyelenggara dan menjaga kebersihan tandas sekolah hendaklah dipertingkatkan.
Sehubungan itu, pihak jabatan memohon kerjasama semua pentadbir sekolah utk mempertingkatkan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan tahap kebersihan tandas di sekolah masing2.

Surat Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah dan Garis Panduan Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah KPM telah diedarkan melalui peti surat sekolah di PPD Betong. Harap maklum dan terima kasih.