SILA LAYARI


Monday, February 11, 2019

HEBAHAN: PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG TAHUN 2019

Tarikh: 18 Februari 2019
Tempat: SK Beladin, Pusa
Anjuran: PPD Betong dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Daerah Betong dan SK Beladin, Pusa.

Program Jom Ke Sekolah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

Objektif program adalah seperti berikut:

1.Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (anggota PDRM);

2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah;

3. Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.

Sumber: Kertas Konsep Program Jom Ke Sekolah, KPM 2017