SILA LAYARI


Wednesday, November 20, 2019

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA GURU-GURU PAKAR ( TASK-FORCE TUBU PPD BETONG 2019)

Tarikh: 20 November 2019
Tempat:SK St Augustine Betong

Seramai 104 orang guru yang merupakan pakar dalam mata pelajaran masing-masing telah diraikan dalam majlis ringkas yang dikelolakan oleh Unit Pengurusan Akademik PPD Betong.
            Majlis disempurnakan oleh Cikgu Supian Ekeram, Pegawai Pendidikan Daerah Betong.
Tuan PPD dalam ucapannya mengharapkan agar slogan Segulai Sejalai Moving Forward dapat diterapkan dalam jiwa setiap warga pendidik Daerah Betong demi mencapai matlamat kecemerlangan bersama.Diharapkan semua petugas Task Force dapat memberikan sumbangan yang aktif dalam memastikan setiap perancangan dapat dijalankan dengan sempurna.