SILA LAYARI


Monday, November 18, 2019

CLOCK-OUT TERAKHIR SAUDARA WELSON AUN ANAK ACHAI



18 Nov 2019 – Hari ini merupakan hari terakhir Encik Welson Aun Anak Achai bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Betong setelah lebih 6 tahun menabur khidmat di Betong. Beliau yang menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir N.29 akan bertukar tempat bertugas jawatan yang sama di Unit Sumber Manusia, ICT dan Pentadbiran Am, Sektor Pengurusan PPD Lubok Antu.
Sepanjang 6 tahun berkhidmat di pejabat ini, banyak kenangan pahit manis yang telah ditempuhi bersama beliau. Beliau seorang yang memiliki komitmen tugas yang amat tinggi dan merupakan pakar rujuk dalam urusan Perolehan, sebut harga dan sebagainya.
Pejabat ini mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan jasa bakti kepada dunia pendidikan di Daerah Betong