SILA LAYARI


Tuesday, May 22, 2018

TAKLIMAT SISTEM ePROPER BERSAMA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK BAGI DAERAH BETONG, SARATOK DAN LUBOK ANTU



Tajuk program:
Taklimat Sistem ePROPER Bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Tarikh/Tempat:
22 Mei 2018 / Kolej Vokasional Betong.

Pengelola:
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Negeri Sarawak
dengan kerjasama Unit Pengurusan Organisasi PPD Betong

Sasaran Peserta:
Pembantu Tadbir dan Guru Penolong Kanan 1 SMK Daerah Betong, Saratok dan Lubok Antu,
Penyelia serta /Penolong Penyelia Unit Pengurusan Organisasi di Daerah Betong, Saratok dan Lubok Antu.

Pengenalan:
Sistem ePROPER merupakan sistem yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi membolehkan Ketua Jabatan di semua peringkat agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperakukan secara dalam talian bagi urusan perkhidmatan yang berkaitan dengan Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT), Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP), Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) kepada SPP.

Objektif taklimat:
Menangani permasalahan dan isu yang wujud dalam proses urusan pelantikan dan pengesahan melalui Sistem eProper.

Sekian, terima kasih.

Urus setia Taklimat Sistem Eproper
Daerah Betong/Saratok/Lubok Antu.