SILA LAYARI


Sunday, September 9, 2018

PROGRAM KEMBARA SISWA PATRIOTIK 2018 DI SK BALINGAN


Program anjuran Politeknik Metro Betong dan Kolej Komuniti Betong dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 08 hingga 09 September 2018 bertempat di SK Balingan, Betong. Program ini melibatkan penyertaan 90 orang siswa dari Politeknik Metro Betong, warga kerja SK Balingan, SK Sebemban dan penduduk kampung Balingan. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Bengkel pembuatan kuih donat, pembuatan mee kuning dan aktiviti English Is Fun untuk murid-murid SK Balingan dan SK Sebemban.

Diharapkan aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang. Sekalung tahniah kepada pihak penganjur.