SILA LAYARI


Sunday, February 5, 2017

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Bahagian Betong Kali ke-14 Tahun 2017

Banner direkabentuk oleh Encik Masrazi, SMK Agama Saratok

Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Bahagian Betong akan bermula pada 27 Februari 2017 hingga 02 Mac 2017 bertempat di Kompleks Sukan Betong. Kejohanan selama 4 hari ini akan menghimpunkan sebanyak 15 pasukan daripada 15 buah sekolah menengah di Bahagian Betong ( termasuk Maktab Rendah Sains Mara Betong, Kolej Vokasional Betong dan Kolej Tingkatan 6 Saratok ) serta 8 pasukan sekolah rendah dari 8 buah zon di Bahagian Betong. Untuk kejohanan edisi kali ini, ia akan dikelolakan bersama oleh SMK Agama Saratok dan Zon Saratok. Majlis penutupan rasmi kejohanan dijangka akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Luar Bandar Sarawak pada 2 Mac 2017 bertempat di Kompleks Sukan Betong.