SILA LAYARI


Monday, February 6, 2017

Perasmian Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Peti Aduan Murid Peringkat Daerah Betong 2017

06 Februari 2017, SMK Beladin, Pusa

Perasmian Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Peti Aduan Murid Peringkat Daerah Betong Tahun 2017 telah disempurnakan bersama oleh Yang Berusaha Encik Sapawi bin Mahdi, Pegawai Pendidikan Daerah Betong dan Yang Berusaha DSP Mohd Fadhil Antum bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Betong. Turut hadir ialah pegawai-pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Betong, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Daerah Betong, pengetua-pengetua Daerah Betong dan Guru Besar-Guru Besar Zon Pusa serta warga kerja dan pelajar dari SMK Beladin, Pusa.

Aktiviti seperti pameran poster anti-dadah dan anti-buli serta pendaftaran Amanita turut diadakan bersempena dengan program tersebut.