SILA LAYARI


Wednesday, February 1, 2017

TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN IJAZAH SARJANA DAN KEDOKTORAN TAHUN 2017.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato’Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.
3. Untuk makluman, tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.
4. Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam Sistem e-Operasi ( https://eoperasi.moe.gov.my ) sebelum mengemukakan permohonan untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan Sistem e-Penawaran.
5. Bersama-sama dengan ini dikemukakan pengenalan program CBBP dan syarat-syarat yang ditawarkan seperti di Lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh kemukakan kepada Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Tajaan Pendidikan di talian 03-8321 7138 atau e-mel ke ldp.bt@moe.gov.my.
6. Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“TAJAAN PENDIDIKAN MENJANA KECEMERLANGAN INTELEK”
“SEHATI SEJIWA”

Saya yang menurut perintah,


Urus Setia,
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Latihan,
Bahagian Tajaan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor