SILA LAYARI


Thursday, February 9, 2017

Bengkel Pengurusan HEM untuk Guru Penolong Kanan HEM Daerah Betong






Satu sesi Bengkel Pengurusan HEM bersama Guru Penolong Kanan HEM Daerah Betong telah diadakan pada 8 Februari 2017 bertempat di SK Beladin, Pusa. Bengkel tersebut adalah bagi memberi pendedahan kepada Guru Penolong Kanan HEM Daerah Betong berkaitan pengurusan terkini dalam skop kerja di bawah pengurusan HEM. Manakala pada sebelah petang telah diadakan Sesi Dialog Guru Penolong Kanan HEM bersama Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak. Pelbagai isu diketengahkan terutamanya melibatkan status kewarganegaraan murid yang menerima bantuan telah dibincangkan secara terperinci. Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Sapawi bin Mahdi, Pegawai Pendidikan Daerah Betong.