SILA LAYARI


Thursday, February 16, 2017

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI CALON YANG SEDANG DITEMU DUGA OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)

Sukacita dimaklumkan bahawa CALON PROGRAM LATIHAN PERGURUAN PERINGKAT IJAZAH PERTAMA (PLPPIP) DAN CALON PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) TAGGING SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) YANG SEDANG DITEMU DUGA OLEH SPP boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikutegraduan.moe.gov.my mulai 16 FEBRUARI 2017 – 31 MAC 2017. 
Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada CALON PLPPIP DAN CALON PISMP TAGGING SK YANG SEDANG DITEMU DUGA OLEH SPP SAHAJA. Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut SAHAJA yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.
SUMBER  : PORTAL RASMI KPM