SILA LAYARI


Monday, March 6, 2017

Sekitar Bengkel Standard Kualiti Pengurusan Asrama (SKPA) untuk Guru Penolong Kanan HEM Asrama Harian Daerah Betong

06 Mac 2017 - Bengkel Standard Kualiti Pengurusan Asrama bersama Guru Penolong Kanan HEM sekolah asrama harian Daerah Betong telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Betong. Taklimat tersebut yang dikendalikan oleh Sub-unit HEM UPPK PPD Betong, telah berjaya mengumpul semua Guru Penolong Kanan HEM sekolah-sekolah asrama di Daerah Betong. Antara aspek yang diketengahkan adalah seperti Kualiti Pengurusan Asrama yang terkini, aspek-aspek pengurusan asrama dan penilaian kendiri pengurusan asrama. Bengkel dipengerusikan oleh Encik Syahrum bin Jais, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Betong dan Encik Awang Marali bin Awang Razali, Penyelia HEM PPD Betong.