SILA LAYARI


Thursday, March 2, 2017

Sekitar Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan Balapan dan Padang MSS Bahagian Betong Kali Ke-14 Tahun 2017

2 Mac 2017 - Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Muhammad Razi bin Sitam, Ahli Dewan Undangan Negeri N.35 Saribas, bertempat di Kompleks Sukan Betong.

Temasya selama 4 hari itu menyaksikan 16 rekod baharu kejohanan telah dicipta. 10 daripada kategori menengah dan 6 daripada kategori rendah.

Kejohanan kali ini juga menyaksikan juara baru ditabalkan bagi kategori sekolah menengah, iaitu Pasukan SMK Datuk Patinggi Kedit menjadi juara keseluruhan dengan mengutip 27 butir pingat emas, 26 butir pingat perak dan 16 butir pingat gangsa serta memperolehi mata sebanyak 487. Naib juara dimenangi oleh Pasukan SMK Ulu Layar dengan mengutip 21 butir pingat emas, 25 butir pingat perak, 18 butir pingat gangsa serta memperolehi 446 mata. Tempat Ketiga pula disandang oleh Pasukan SMK Saint Augustine dengan mengutip 17 butir pingat emas, 24 butir pingat perak, 18 butir pingat gangsa serta memperolehi sebanyak 411 mata.

Bagi kategori sekolah rendah, juara keseluruhan dimenangi oleh Zon Debak dengan mengutip 9 butir pingat emas, 2 butir pingat perak, 3 butir pingat gangsa serta mengumpul 94 mata. Tempat kedua dimenangi oleh Zon Kabong dengan mengutip 2 butir pingat emas, 3 butir pingat perak, serta mengumpul 55 mata. Tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Zon Krian dengan mengutip 4 butir pingat perak, 4 butir pingat gangsa dan mencatatkan 44 mata. Tahniah kepada semua pemenang.

Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Betong mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pengetua, guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana daripada SMK Agama Saratok dan Zon Saratok di atas kejayaan pengelolaan edisi pada kali ini.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat Encik Muhammad Razi bin Sitam, ADUN N.35 Saribas kerana sudi menyempurnakan majlis penutupan.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Encik Sapawi bin Mahdi, Pegawai Pendidikan Daerah Betong serta Encik Supian bin Ekeram, Pegawai Pendidikan Daerah Saratok di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan pengelolaan edisi kali ini.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Encik Joshua anak Panggau, Wakil daripada SAAA yang banyak membantu kelancaran kejohanan kali ini.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pihak Pejabat Residen Betong, Pejabat Daerah Betong, Majlis Daerah Betong, Angkatan Pertahanan Awam Betong, Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dan PDRM Betong di atas kerjasama yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran pengelolaan.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pegawai kejohanan yang sanggup berpanas dan berhujan demi memastikan kelancaran kejohanan kali ini. Komitmen anda adalah kebanggaan kami.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Encik Felix Angkau anak William Barang, Pengerusi Teknikal Olahraga (Menengah) MSS Bahagian Betong, Encik Fadreen Jingan anak Beriak, Pengerusi Teknikal Olahraga (rendah) MSS Bahagian Betong dan Encik Hipeni bin Haji Mili, Guru Penolong Kanan KK SMK Agama Saratok, yang banyak terlibat secara langsung dalam memastikan pengelolaan kejohanan kali ini antara yang terbaik.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Encik Syahrum bin Jais, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Betong, Encik Abang Ahmad bin Abang Suhailie, Penyelia Sukan PPD Betong dan Encik Tommy anak Katum, Penyelia UPPK PPD Saratok, yang banyak memberi sokongan dan khidmat nasihat yang diperlukan dalam menjayakan kejohanan ini.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Encik Azimin bin Arzis, Pegawai Teknikal Statistik dan Data MSS Bahagian Betong, yang berjaya memastikan keputusan secara atas talian dapat disediakan dengan cepat dan tepat, sepanjang kejohanan berlangsung.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pengetua, pengarah dan guru besar di Bahagian Betong yang telah memberikan sokongan padu kepada pembangunan sukan MSS Bahagian Betong. " Segigih Semangat Rentap" dan " Fly Kenyalang Fly, Fly High "

Akhir kata, diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Bahagian Betong Kali ke-14 ....

Jumpa lagi untuk edisi kali ke-15 ( Pengelola : MRSM Betong )