SILA LAYARI


Friday, March 31, 2017

Majlis Penangguhan Perkhemahan Kor Kadet Polis Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Betong dan Perhimpunan Perbarisan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Kor Kadet Polis ke 47 Peringkat Daerah Saratok(31 Mac 2017)

Tarikh : Jumaat, 31 Mac 2017
Tempat  : Town Square Kabong
Pengelola  : PPD Betong/PPD Saratok/IPD Saratok





Sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-47 Peringkat Bahagian Betong berlangsung di Kabong

KABONG: Seramai 165 peserta dari lapan sekolah menengah di Bahagian Betong menyertai Perkhemahan dan sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-47 Peringkat Bahagian Betong bertempat di Dataran Pekan Kabong di sini.
Sekolah menengah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusa, SMK Beladin, SMK Datuk Patinggi Kedit, SMK St. Augustine Betong, SMK Agama Saratok, SMK Saratok, SMK Kalaka Roban dan SMK Kabong (tuan rumah).
Selain pelajar sekolah, program berkenaan turut membabitkan seramai 50 guru pengiring dan 20 anggota polis dari IPD Betong , Saratok dan Kabong.
Majlis persamiannya telah disempurnakan oleh Pemangku Residen Bahagian Betong, Friday Belek yang mewakili Ahli Parlimen P.205 Saratok, Tan Sri William Mawan Ikom.
Penyelaras Perkhemahan dan Sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-47 Peringkat Bahagian Betong, Mabel James memberitahu sambutan Hari Kor Kadet Polis Peringkat Bahagian Betong merupakan yang julung kalinya dilangsungkan di situ.
“Perjalanan program begitu baik dan lancar sebagaimana yang dirancang. Pihak kita amat berpuas hati dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.
“Dengan kesempatan ini saya bagi pihak pengelola merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,” ujarnya.
Hadir sama Pegawai Daerah Kabong, Kamaludin Haji Alkap, Ketua Polis Daerah Saratok DSP Modani Bin Tanin dan tetamu jemputan khas yang lain. – Sumber : Sarawakvoice..2 April 2017