SILA LAYARI


Wednesday, March 1, 2017

Kunjungan oleh Yang Berhormat Gerald Rentap Jabu ke Temasya Kejohanan Balapan dan Padang MSS Bahagian Betong Kali Ke-14 Tahun 2017

01 Mac 2017 - Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Betong dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang MSS Bahagian Betong Kali ke-14 berasa cukup bertuah kerana dikunjungi oleh Yang Berhormat Gerald Rentap Jabu, Ahli Dewan Undangan Negeri N.36 Layar. Kunjungan mengejut oleh Yang Berhormat Gerald Rentap Jabu ternyata membakar semangat juang atlet-atlet  yang bertanding. Perkara ini membuktikan sokongan tidak berbelah bahagi pihak Yang Berhormat Gerald Rentap Jabu dalam membantu membangunkan bidang sukan di Bahagian Betong.