SILA LAYARI


Saturday, April 8, 2017

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM (MTQSS) dan Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah (KDSS) Peringkat Bahagian Betong 2017

" Al-Quran Asas Pembinaan Ilmu dan Penyempurnaan Akhlak "

" Al-Quran Asas Penyatuan Ummah "

Tarikh pengelolaan     : 8 April 2017 bersamaan 12 Rejab 1438H
Tuan rumah                : SMK Saribas dan SK Datuk Bandar, Debak
Pengelola                    : Unit Pendidikan Islam PPD Betong, SMK Saribas dan Zon Debak
Tetamu Kehormat       : YB Ricky @ Mohammad Razi bin Sitam, ADUN N35 Saribas

Karnival Dakwah Sekolah-sekolah KPM peringkat Bahagian Betong adalah program berbentuk pertandingan yang dilaksanakan oleh Unit Pendidikan Islam PPD Betong yang menggabungkan beberapa program dalam satu program khas iaitu yang meliputi acara dari :

1. Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM
2. Festival Nasyid Sekolah-sekolah (FNSS) KPM.


OBJEKTIF
1.1      Menanam minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kalangan murid.
1.2          Memperkukuhkan penguasaan Pendidikan Islam, Al-Quran dan Bahasa Arab dalam kalangan murid sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.3             Mengembangkan bakat dan potensi pelajar ke arah melahirkan  murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Spritual selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
1.4        Menjana kemenjadian murid dan memiliki sahsiah terpuji selari dengan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.














Objektif Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Bahagian Betong

5.1 Memupuk minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dikalangan pelajar.

5.2 Meningkatkan motivasi dan kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab dan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Al-Quran.

5.3 Memperluaskan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum Pendidikan Islam khasnya yang berkaitan dengan Al-Quran.

5.4 Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah rendah & menengah.

5.5 Menyediakan barisan pelapis ke tilawah, perujian dan pertandingan yang seumpamanya di peringkat dewasa

5.6 Mengukuhkan ukhuwah dan mahabbah berteraskan nilai-nilai Islam.