SILA LAYARI


Thursday, January 4, 2018

HEBAHAN: KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MAJLIS SUKAN SEKOLAH BAHAGIAN BETONG KALI KE-15 TAHUN 2018



Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Bahagian Betong Kali ke-15 Tahun 2018 akan kembali mengegar pada 29 Januari hingga 01 Februari 2018 bertempat di Kompleks Sukan Betong. Kejohanan tahunan ini menghimpunkan lebih kurang 2000 orang atlit sekolah rendah dan menengah serta 100 orang pegawai kejohanan dari seluruh Bahagian Betong.

Penganjuran edisi kali ini telah diamanahkan kepada Maktab Rendah Sains Mara Betong dan Zon Spaoh. Penyertaan terdiri daripada 14 buah pasukan sekolah menengah dan 8 zon sekolah rendah.




Keputusan Edisi ke-14 Tahun 2016 yang lalu ( 3 Terbaik ):

Kategori Sekolah Menengah:
Juara: SMK Datuk Patinggi Kedit
Naib Juara : SMK Ulu Layar
Ke-3: SMK Saint Augustine

Kategori Sekolah Rendah:
Juara: Zon Debak
Naib Juara : Zon Kabong
Ke-3: Zon Krian


Semua penduduk di sekitar Betong dijemput hadir menyaksikan kejohanan tersebut.